CIRI-CIRI IBADAH DALAM ISLAM

 

 

 

 

 

 

 

 


1.Ibadah hanya dilakukan semata -  

   mata kerana Allah

 

Al-Quran menitikberatkan bahawa ibadah itu hendaklah dilakukan kerana Allah semata- mata.

 

Firman Allah:

 

æóÞóÖóì ÑóÈøõßó ÃóáøóÇ ÊóÚúÈõÏõæÇ ÅöáøóÇ ÅöíøóÇåõ

 

Ertinya:" Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain-Nya"

 

       ( Al Isra' : 23 )

 

ÃóãóÑó ÃóáøóÇ ÊóÚúÈõÏõæÇ ÅöáøóÇ ÅöíøóÇåõ

 

Ertinya: "Ia telah rnemerintahkan agar  kamu tidak menyembah selain Dia"

 

           (Yusuf: 40)

 

Ýóãóäú ßóÇäó íóÑúÌõæÇ áöÞóÇÁó ÑóÈøöåö ÝóáúíóÚúãóáú ÚóãóáðÇ ÕóÇáöÍðÇ æóáóÇ íõÔúÑößú ÈöÚöÈóÇÏóÉö ÑóÈøöåö ÃóÍóÏðÇ

 

Ertinya: "Barang siapa yang mengharapkan bertemu dengan tuhanNya maka hendaklah ia melakukan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam ibadah, kepada Tuhannya."                       

 

(Al-Kahfi:11O)

 

Oleh  itu  segala   tindakan yang dilakukan mestilah diniatkan kerana Allah.

Untuk mengawal asas dan dasar ini, Islam

menegah setiap  perbuatan  yang  boleh

mendatangkan maksud penyembahan sesama manusia atau membuka jalan mengelirukan pengertian ibadah yang semestinya hanya kepada Allah”.

 

 

 

2.Perhubungan langsung antara              

   hamba dengan Penciptanya

 

Dalam Islam, perhubungan antara hamba dengan   Allah dapat dilakukan secara langsung. Ibadah    dalam    Islam tidak memerlukan orang tengah sebagaimana sesetengah agama lain. Juga tiada tokoh- tokoh tertentu  yang menubuhkan satu lapisan tertentu yang dikenali dengan nama tokoh- tokoh agama yang menjadi perantaraan antara manusia dengan Allah.

 

Dalam Islam, peranan para ulama` dan fuqaha` hanya mengkaji dan menyelidiki hukum- hukum serta mengajarkannya kepada orang ramai. Peranan mereka bukan untuk mengampuni dosa atau mengkabulkan doa seseorang sebagaimana yang terdapat dalam agama lain.

 

 

 

3. Melambangkan khudu` yang

    penuh dan ketaatan yang mutlak

    kepada Allah

 

Ibadah dalam Islam melambangkan khudu` atau ketundukan dan ketaatan kepada Allah serta ketaatannya yang mutlak terhadap-Nya.. Oleh itu, dalam bidang ibadah khusus ianya bersifat tauqifiyyah, iaitu ia dilaksanakan menurut panduan Rasullulah s.a.w dan berhenti   setakat sempadan yang telah ditentukan oleh syara` dan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri. Tidak boleh ditambah, atau membuat sebarang perubahan terhadapnya.

 

Sabda Rasullullah S.A.W:

 

" ÕáæÇ ßãÇ ÑÃíÊãæäí ÃÕáí"

 

Ertinya: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang."

 

            ( Riwayat Bukhari )

 

 

Adapun bagi ibadah-ibadah umum, ketundukan dan kepatuhan  ini dapat dilaksanakan dengan benar-benar mencontohi Rasulullah s.a.w dalam seluruh jalan kehidupan. Ini berdasarkan kepada firman Allah:

 

áóÞóÏú ßóÇäó áóßõãú Ýöí ÑóÓõæáö Çááøóåö ÃõÓúæóÉñ ÍóÓóäóÉñ áöãóäú ßóÇäó íóÑúÌõæ Çááøóåó æóÇáúíóæúãó ÇáúÂÎöÑó æóÐóßóÑó Çááøóåó ßóËöíÑðÇ

 

Ertinya: "Sesungguhnya  telah ada pada (diri ) Rasulullah ( S.A.W) itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu ) bagi orang-orang yang mengharap ( rahmat ) Allah dan ( kedatangan ) Hari Qiamat dan dia banyak menyebut nama Allah."

 

                                 (Al-Ahzab:21)

 

Þõáú Åöäú ßõäúÊõãú ÊõÍöÈøõæäó Çááøóåó ÝóÇÊøóÈöÚõæäöí íõÍúÈöÈúßõãú Çááøóåõ æóíóÛúÝöÑú áóßõãú ÐõäõæÈóßõãú æóÇááøóåõ ÛóÝõæÑñ ÑóÍöíãñ

 

Ertinya: "Katakanlah;jika kamu  benar-benar ) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

 

      (Ali-Imran: 31)

 

Firman AIlah:

 

æóãóÇ ÂÊóÇßõãú ÇáÑøóÓõæáõ ÝóÎõÐõæåõ æóãóÇ äóåóÇßõãú Úóäúåõ ÝóÇäúÊóåõæÇ

 

Ertinya: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia, dan apa yang dilarang bagimu, maka tinggalkanlah"

 

          (Al-Hasyr:7)

 

 

Kepatuhan   mengikut   apa   yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w bererti seseorang itu telah menundukkan dirinya mematuhi dan mentaati perintah Allah dalarn beribadah kepadanya.

 

 

 

 

4. Ruang  lingkup ibadah yang luas

 

Ibadah dalam Islam amatlah luas sekali. Ianya merangkumi setiap kegiatan kehidupan manusia. Setiap apa yang dilakukan sama ada bersangkut dengan individu atau masyarakat adalah ibadah menurut  Islam selagi mana ia memenuhi syarat-syarat tertentu.

 

Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

A)      Amalan yang dikerjakan itu hendaklah diakui Islam, bersesuaian dengan hukum-hukum syara dan tidak bercanggah dengan hukum-hukum tersebut. Adapun amalan-amalan-amalan yang diingkari oleh Islam dan ada hubungan dengan perkara haram dan maksiat, maka tidaklah sekali-kali ia dijadikan amalan ibadah.                      

 

 

B)      Amalan tersebut dilakukan dengan niat   yang baik yang    bertujuan memelihara kehormatan diri, menyenangkan keluarganya, memberi   manfaat  kepada  umat seluruhnya  dan bagi memakmurkan bumi sebagaimana yang dianjurkan oleh Allah.

 

C)  Amalan tersebut mestilah dibuat

dengan seelok-eloknya bagi   menepati   apa yang ditetapkan oleh Rasulullah  s.a.w:

 

Åä Çááå íÍÈ ÃÍÏßã ÅÏÇ Úãá ÚãáÇ Ãä íÊÞäå


      Ertinya: "Bahawa Allah suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja dengan memperelokkan kerjanya."

 

(Muslim)

 

D) Ketika membuat amalan hendaklah Sentiasa menurut hukum-hukum syarak dan ketentuan batasnya, tidak menzalimi orang lain, tidak khianat, tidak menipu, tidak menindas atau merampas hak orang lain.

 

 

E) Tidak mengecuaikan ibadah- ibadah

Khusus seperti solat, zakat dan   sebagainya dalam melaksanakan ibadah-ibadah umum.

 

Firman Allah:

 

ÑöÌóÇáñ áóÇ Êõáúåöíåöãú ÊöÌóÇÑóÉñ æóáóÇ ÈóíúÚñ Úóäú ÐößúÑ  ö Çááøóåö æóÅöÞóÇãö ÇáÕøóáóÇÉö æóÅöíÊóÇÁö ÇáÒøóßóÇÉö

 

 

Ertinya: "laki-laki yang tidak   dilalaikan oleh pemiagaan atau jual beli dari mengingati Allah, dan  (dari) mendirikan solat, dan (dari) menunaikan zakat"

 

          (An-Nur:37)

 

 

Jadi,  bila seseorang mukmin itu dapat menyempumakan kelima-lima syarat di atas dalam mengendalikan segala pekerjaan dan urusan hidupnya setiap hari, maka dia akan dikira sentiasa beribadah kepada Allah meskipun dia tidak duduk di dalam masjid ketika membuat kerja-kerja tersebut.

 

 

 

 

5.Tidak  terkongkong di satu tempat 

   peribadatan sahaja.

 

Dalam  Islam,  pelaksanaan ibadah tidak tertakluk di tempat-tempat tertentu sahaja. Seluruh bumi Allah adalah tempat beribadah bagi para mukmin.

 

Firman Allah:

 

 

åõæó ÇáøóÐöí ÌóÚóáó áóßõãú ÇáúÃóÑúÖó ÐóáõæáðÇ ÝóÇãúÔõæÇ Ýöí ãóäóÇßöÈöåóÇ æóßõáõæÇ ãöäú ÑöÒúÞöåö æóÅöáóíúåö ÇáäøõÔõæÑõ

 

Ertinya: "Dialah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian daripada rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu kembali setelah dibangkitkan."

 

          (Al-Mulk:15)

 

 

Dalam Islam, ibadah boleh dilakukan di mana-mana sahaja kerana di mana sahaja seseorang itu berada perhubungannya adalah terus kepada Allah. Islam menganggap seluruh bumi sebagai masjid kecuali tempat-tempat yang najis. Itulah sebabnya, Rasulullah bersolat di mana-mana sahaja seperti di tengah-tengah padang pasir dan di atas kenderaannya.