Apakah Ia Penting?
Isu
ini merupakan isu yang paling jarang diperbincangkan secara terbuka. Ini
mungkin disebabkan sikap masyarakat kita yang masih menanggap ia sebagai isu peribadi
yang boleh mengaibkan terutama kepada golongan wanita.
Walaubagaimanapun,
apa yang bakal dikupas oleh penulis bukanlah perkara yang berkaitan dengan
kejadian biologi seorang gadis, tetapi isu yang berkaitan dengan kesucian dan
kehormatan seorang gadis. Ini kerana,selain isu social,ia juga berkaitan dengan
salah satu institusi yang penting dalam Islam – perkahwinan. Kecenderungan
penulis merenung isu ini dating dari pengalaman peribadi selama satu dekad.
Dalam
Islam, ketika memilih calon isteri, seseorang pemuda digalakkan mencari seorang
gadis. Alasan yang diberikan adalah gadis lebih menghiburkan dan sama-sama
belajar bergurau senda. Sedangkan seorang janda sudah mempumyai pengalaman dan
memori dengan bekas suaminya dulu. Hakikat ini diperkukuhkan lagi apabila
peminangan seorang gadis berbeza dengan cara peminangan seorang janda. Seorang gadis tertakluk atas nasihat
dan kawalan bapanya atau walinya
sementara seorang janda dianggap
mampu berdikari dan membuat keputusan sendiri mengenai calon suaminya.
Namun begitu pada dasarnya tidak ada halangan untuk seorang pemuda untuk memilih sama ada seorang gadis perawan atau seorang janda sebagai bakal isterinya dan Islam sendiri tidak meletakkan syarat kepada teruna untuk memilih gadis atau janda, Cuma digalakkan memilih gadis - dan ini adalah isu hati lelaki semata-mata.
Dalam kehidupan realiti , bagaimanapun ada lelaki yang sangat
menitikberatkan soal dara. Bagi mereka, dara menjamin kebahagian dan kepuasan.
Pada hemat penulis , lelaki jenis ini tidak arif tentang kedudukan yang
sebenar.Lelaki-lelaki ini mementingkan nafsu dan menafsirkan dara dara sebagai
satu kejadian biologi pada jasad seorang perempuan. Menurut sumber-sumber ilmu
kesihatan , kejadian selaput dara ini sangat sensitif dan mudah pecah.
Kehilangan dara tidak semetinya seorang gadis itu telah melakukan hubungan
jenis. Mungkin ada aspek-aspek lain ( seperti kemalangan atau sakit ) yang
menyebabkan seseorang itu kehilangan dara.Pada hemat penulis , kehilangan
dara dalam maksud ini tidak
melibatkan kehilangan kesucian atau kehormatan seorang gadis. Oleh itu ,
penulis tidaklah berminat untuk memanjangkan aspek ini. Kita lebih cenderung
melihat dari sudut harga diri seorang gadis. Terus terang kita nyatakan , isu
dara dalam artikel ini maksudnya hubungan seksual sebelum perkahwinan ( zina )
akibat meluasnya pergaulan bebas dalam masyarakat kita.
Oleh itu awal-awal lagi penulis menyatakan isu ini adalah isu sosial ;
bukannya isu peribadi atau isu dikalangan wanita sahaja. Keadaan ini menjadi
lebih kompleks apabila batas pegaulan bebas di kalangan remaja dan belia kita
menjadi kian longgar. Pada waktu yang sama, bagi menghadapi gejala seks sebelum
nikah, sudah kedengaran di kalangan lelaki teruna bahawa ‘dara itu sudah tidak
penting’. Yang penting bagi mereka ialah kasih sayang, kesetiaan, kejujuran dan
hormat menghormati antara suami isteri. Lagi pun apabila seseorang gadis yang
pernah terlanjur sudah bertaubat dan insaf, maka isu itu sudah tidak timbul
lagi.
Penulis
percaya ramai orang bersetuju dengan hujah di atas. Oleh itu kita akan
tertanya-tanya perlukah lagi soalan ‘apakah dara itu penting?’. Sekali lagi
kita harus bersabar dan berfikir lebih halus dan mendalam. Pandangan di atas
samalah dengan pandangan lelaki yang menafsirkan dara sebagai kejadian biologi
pada perempuan. Kedua-dua pandangan itu masih bersifat peribadi. Isu sosialnya
ialah apabila masyarakat ( generasi muda ) mula menganut idea bahawa dara itu tidak penting maka secara
tidak langsung merebak pula idea seks sebelum nikah itu sesuatu yang boleh
diterima. Jika idea ini dianuti secara meluas, bukan isu dara yang perlu
diatasi tetapi isu zina dan pergaulan bebas.
Dalam masyarakat
barat yang bebas pergaulannya – sekurang-kurangnya seperti yang digambarkan
melalui filem atau novel remaja -
soal dara atau virginity sudah dianggap remeh.
Malah sebenarnya ia
dianggap sebaliknya. Dalam masyarakat kita atau masyarakt timur yang asal
seseorang gadis yang tidak dara ( sudah melakukan hubungan seks ) dipandang rendah
dan dicemuh. Lelaki teruna mengelak diri dari mengambilnya sebagai isteri. Ibi
bapa si gadis berasa sangat malu. Gadis itu sendiri berasa bersalah dan merasa
tertekan dan sedaya upaya menyembunyikan rahsia itu sehinggalah ke saat-saat
akhir ( seperti kepada tunag atau suaminya ). Tetapi masyarakat barat melihat
soal dara sebaliknya. Sesiapa yang masih dara dianggap mentah dan naif.
Seseorang gadis yang pernah melakukan hubungan seks – selalunay ketika berusia
belasan tahun – dianggap matang. Gadis ini layak dianggap wanita ( woman )
bukan lagi anak-anak perempuan ( girl ). Akibatnya, seseorang gadis yang tidak
mempunyai pasangan lelaki atau gagal memujuknya melakukan aktiviti seksual
mengalami tekana perasaan dan penyisihan sosial remaja.
Secara sedar
atau tidak apabila unsur-unsur budaya asing dan bahan lucah tersebar dengan
bebas, masyarakat kta kini sedang menganuti idea yang sama.Tiada siapa yang
tahu. Hanya sekelompok remaja dan belia yang mengetahui. Siapa tahu secara
perlahan-lahan idea atau nilai generasi muda terhadap dara sudah berubah
mengikut idea remaja barat?
Secara
kesimpulannya apa yang hendak disampaikan oleh penulis ialah berkenaaan
runtuhnya institusi sosial kita. Remaja terutama gadis tidak lagi menghiraukan
tentang kesucian diri mereka. Gejala pergaulan bebas semakin berleluasa. Pihak
media pula seakan jaguh dalam memperkenalkan budaya yang tidak sesuai dengan
norma-norma kehidupan kita sebagai seorang Islam. Siapa yang harus dipersalahkan
dalam hal ini?
Rasanya kita semua sedia maklum.
Diadaptasi dari polemik oleh sdr. Fathi
Aris Omar
Majalah MUSLIMAH.
KOMEN?
E-Mail Kami