Make your own free website on Tripod.com

 SEBAB-SEBAB DOA DITOLAK DAN HATI MENJADI MATI.

 

 

1.      Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-hakNya.

2.      Kamu berkata kamu cinta kepada Rasullullah tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.

3.      Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4.      Kamu telah gunakan nukmat-nukmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepadanya.

5.      Kamu telah berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6.      Kamu telah berkata syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.

7.      Kamu telah berkata neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8.      Kamu telah berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

9.      Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban orang lain tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.

10.  Kamu kebumikan mayat sahabat kamu tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar daripadanya.