Make your own free website on Tripod.com

KESYUMULAN IBADAH DALAM ISLAM


 

 

Seperti di dalam aqidah, kesyumulan juga tergambar jelas di dalam ibadah Islam.Ibadah Islam merangkumi segala aspek kejadian manusia. Seorang muslim beribadat kepada Allah bukan sahaja dengan lisannya atau badannya atau fikirannya semata- mata, ataupun pancaindera sendirian, tetapi ia beribadah     kepada Allah dengan keseluruhannya iaitu dengan lisan yang berzikir,berdoa dan membaca, dengan badan yang bersolat, berpuasa dan berjihad dengan hati yang ikhlas, takut, mengharap, cinta dan tawakal dan seluruh pancaindera yang digunakan untuk mentaati seluruh perintah- perintah Allah.    

 

Kesyumulan   ibadat  berdasarkan

kepada:

 

1.      Bertitik tolak daripada Aqidah yang bersih

 

Ibadah dalam Islam merupakan satu penterjemahan  terhadap kesyumulan

kesucian aqidah Islam. Hubungan antara

kedua- duanya adalah satu hubungan yang erat. Ibadah dalam Islam adalah satu penterjemahan dari aqidah dan aqidah yang sahih pasti dapat melahirkan ibadah yang sahih juga.

 

Firman Alllah Taala;

 

 

Ertinya:"Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali ( tidak akan sampai kepada Allah tetapi ketakwaan daripada kamulah yang akan mencapainya"

 

          (Al-Hajj:37)

 

Firman Allah Taala:

 

 

Ertinya:"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke timur dan barat itu satu kebaktian, akan tetapi sesungguhnya

 

 

kebaktian itu ialah kebaktian orang yang beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi

 

 (Al-Baqarah 177)

 

 

2.      Berteraskan kepada empat  tiang amali yang  kukuh.

 

Ibadah dalam  Islam berteraskan kepada empat tiang amali yang daripadanya tegak kukuh amal-amal yang lain. Empat tiang tersebut ialah :

 

1.Solat

 

Di dalam ibadah jelas tergambar ibadah lisan dengan membaca ayat-ayat Al- Quran, tasbih, takbir, rukuk dan sujud. Terdapat di sana ibadah aqal seperti berfikir dan merenung makna  Al-Quran. Terdapat di sana juga ibadah hati seperti ikhlas , kusyuk menyintai Allah dan merasakan Allah sentiasa memperhatikan dan mengamati hambanya,

 

Solat juga menjadikan seseorang itu benar-benar menyedari   kedudukkannya sebagai seorang hamba Allah. Setiap kali takbir maka ia mengingatkan  dirinya tentang kebesaran Allah. Kebesaran Allah bererti kecil dirinya dan rendah  kedudukkannya di hadapan Allah.Keadaan ini menjadikannya sentiasa

sedar tanggungjawabnya  terhadap Allah.

Sekiranya  ia berhati-hati di dalam tindak-

tanduknya di dalam solat kerana ia merasakan Allah  sentiasa  melihatnya. Maka sudah semestinya juga ia akan terus berhati-hati terhadap tingkah lakunya dalam seluru hidupnya.

 

Rasa takut dan berharap  terhadap Allah yang ditanamkan oleh ibadat solat ini akan memimpin di dalam seluruh hidupnya hinggakan seluruh di dalam tindak-tanduknya. Dipengaruhi oleh sifat- sifat yang terkandung di dalam solat tersebut.

 

 

2. Zakat

 

Sesudah solat, tiang Islam yang

terbesar ialah zakat. Solat dan zakat ialah dua tiang yang menyokong struktur bangunan Islam. Tanpa keduanya lslam akan roboh.

 

Zakat bererti kebersihan dan kesucian jiwa seseorang Mukmin tidak mungkin dapat dicapai  tanpa  dia memberikan hak-hak saudara-saudaranya yang miskin terhadap harta bendanya melalui zakat. Oleh itu zakat dalam Islam adalah salah satu  dasar kepada persaudaraan Islam. la melenyapkan sikap mementingkan diri sendiri yang selalu menjadi punca kepada kelemahan sesuatu masyarakat. Zakat adalah di antara asas penting bagi penubuhan sesebuah masyarakat Islam yang bertaqwa kepada Allah.

 

 Firman Allah Taala :

 

\

Ertinya; Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan  sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong  bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencengah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan taat  kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah, Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana .

 

     (At-Taubah 71)

 

 

 

3. Puasa

 

Perintah puasa adalah suatu seruan amal yang menghubungkan seluruh orang- orang yang mendokong kalimah tauihd sejak awal zaman hingga ke akhirnya dengan satu tujuan yang sama iaitu bertaqwa kepada Allah.

 

Firman Allah taala:

 

 

 

Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan   ke   atas   kamu  berpuasa sebagaimana diwvajibkan  ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.

 

(Al-Baqarah: 183)

 

 

Di dalam ibadah puasa orang-orang beriman dilatih untuk sedia berkorban demi kepentingan Islam melalui menangung kesusahan, kelaparan, dahaga dan keletihan Puasa yang disy- ariatkan sebulan penuh bertujuan untuk meningkatkan dalam diri setiap mukmin daya juang, keikhlasan dan sifat berterusan yang kesemuanya akan menambahkan ketakwaan kepada Allah.

 

 

4. Haji

 

Firman Allah Taala :

 

Ertinya: Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan Haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru

 

                                             ( Al-Hajj: 27)

 

            Seseorang mukmin yang melakukan perjalanan untuk menunaikan haji adalah sangat berbeza daripada perjalanan- perjalanan lain. Perjalanan haji bertujuan semata-mata untuk Allah dan untuk memenuhi kewajipan yang diperintahkan oleh-Nya. Oleh itu seseorang yang berangkat untuk menunaikan haji di mana ia berpisah dengan keluarga untuk waktu yang lama, membelanjakan harta yang banyak, menangung berat perjalanan yang jauh, mengadaikan kesenangan dan keselesaan, maka dengan tindakan itu sesungguhnya ia membuktikan bahawa ia memiliki rasa kasih kepada Allah.

 

Seseorang  mukmin  yang  telah mengalami seluruh proses haji akan kekal padanya pengalaman-pengalaman   ibadah hinggakan kesannya tidak akan hilang  selama bertahun-tahun malahan hatinya akan sentiasa  rindu untuk berkunjung semula ke tanah suci demi untuk mencurahkan  rasa cintanya kepada

Allah di rumah-Nya.

 

 

3.      Berkembang kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia.

 

Tiang-tiang ibadah mengembangkan kebaikkan kepada seluruh ruang lingkup kehidupan manusia sehingga manusia dibanjiri dengan    kebaikkan   dan   kemanfaatan melaluinya.

 

Ibadat solat adalah benteng utama dari segala kerosakkan di dalam    kehidupan manusia.

 

Firman Allah Taala :

 

 

Ertinya:"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan)  keji  dan mungkar.      

 

  (Al-Ankabut : 45)

 

 

Solat yang khusu' dan benar akanmempengaruhi seluruh kehidupan pelakunya sehingga ia akan merasa jijik dan benci untuk melakukan sebarang kejahatan dan kemungkaran. Solat iuga akan meningkatkan dirinya untuk mencari segala kurnian dan rezeki Allah di dunia   demi  untuk menggunakannya di jalan Allah.

 

Firman Allah Taala:

 

 

Ertinya: " Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebarlah kamu di muka bumi, dan carilah kurniaan Allah dan ingatlah Allah banyak- banyak supaya kamu beruntung

                                   

                                     ( Al-Jumaah : 10)

 

Di sarnping itu solat yang dilakukan secara berjamaah di masjid-masjid dan seumpamanya terus    mengembangkan berbagai-bagai lagi   kebaikkan di dalam masyarakat Islam. Di antaranya ialah dapat menjalinkan ikatan   persaudaraan  atau Ukhuwah  Islamiyah di  kalangan kaum muslimin,ia mewujudkan keseragaman di dalarn setiap tindak-tanduk para mukmin ,ia melatih kepatuhan terhadap kepimpinan dan melatih disiplin dan mengatur masa, kerana datang ke masjid atau tempat-tempat  solat berjamaah lima kali sehari semalam secara berterusan pasti memerlukan disiplin dan pengaturan  masa yang baik  di kalangan muslimin.

 

Roh yang dibawa oleh sistem zakat mengembangkan daya kerja yang tinggi di kalangan orang-orang beriman. Orang-orang yang benar beriman menganggap bekerja dan menambah rezeki  dan pendapatan adalah dengan satu tujuan sahaja, iaitu mendapatkan keredhaan Allah dengan mengeluarkan sebagai sedekah dan zakat serta Jihad fi sabililah.la bekerja dan menambahkan kekayaannya untuk mengeluarkan zakat dan menggunakannya di jalan  Allah Ia tidak rela melihat sumber- sumber alam ini dibolot oleh orang kafir kerana golongan ini hanya akan menggunakan kekayaan  tersebut di jialan yang batil. Tetapi sebaliknya mereka bekerja dengan gigihnya demi memastikan    bahawa   kekayaan merupakan salah satu sumber kekuatan yang hanya akan digunakan pada jalan  kebenaran.

 

 

Penghayatan terhadap tuntutan zakat akan menjadikan umat Islam sebagai satu ummat yang mempunyai kekuatan dalam bidang ekonomi dan material. Kekuatan ini pula hanya digunakan sebagai seorang individu atau sebuah masyarakat di jalan Allah demi meninggikan kalimah tauhid.

 

Firman Allah Taala:

 

 

Ertinya: "Orang-orang  yang jika  kami teguhkan kedudukkan mereka di muka bumi nescaya   mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah  yang mungkar dan kepada Allah kembali kepada segala urusan"

 

          (Al-Hajj: 41)

 

 

 

 

Tujuan utama puasa ialah untuk

mewujudkan takwa kepada mukmin. Puasa yang mengukuhkan taqwa seorang mukmin akan menjadikannya seseorang yang ikhlas sepenuh hatinya dalam melaksanakan perintah-perintah Allah, sanggup melaksanakan tugas- tugas berat dalam mentaati Allah dan lebih mengutamakan kepentingan umat Islam dari kepentingan peribadinya.

 

Ibadat haji pasti mengembangkan sehagaimana

 

Firman Allah Taala yang: bermaksudnya:"...supaya mereka mempersaksikan berbagai manfaat bagi mereka ..."

 

Salah satu daripada manfaat haji adalah seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran :

 

 

 

Ertinya: 'Wahai manusia sesungguhnya kami menciptakan kamu dari  seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangasa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"    

 

                                    (Al-Hujurat:13)

 

 

 

Satu lagi haji yang besar ialah dorongan bagi umat Islam memperkukukan kesatuan mereka kerana  inilah tunjang kekuatan mereka yang paling utama sebagai pemimpin manusia sejagat

 

Firman Allah Taala:

 

Ertinya:"Sesungguhnya ummah (Din) ini adalah (Din) kamu yang satul dan aku adalah Tuhanmu maka sembahlah aku"

 

     (Al-Anbiya' 92)

 

Pendek kata kesyumulan ibadah Islam ialah ia berkait rapat dengan kesyumulan aqidahnya berdasarkan kepada tiang-tiang yang kukuh untuk terus melahirkan ma'ruf dari ma'ruf yang sedia ada.