KEISTIMEWAAN
AQIDAH ISLAM
1. Aqidah Rabbaniyah
Aqidah
rabbaniyyah bererti kepunyaan tuhan yang bersumber dari Al-Quran dan As-
Sunnah. Ia bukan aqidah yang direka di dalam mana-mana muktamar, bukan daripada
rekaan anak murid Nabi Muhammad atau direka oleh mana-mana pembesar dalam agama
seperti yang pernah dilakukan oleh St. Paul dalam agama Nasrani sehingga
dinamakan oleh penulis- penulis Barat sebagai Kristian Paulus.
2. Aqidah Islam sesuai dengan fitrah
semula jadi manusia
sekiranya manusia
memerlukan kepada tuntutan kebendaan yang boleh menampung hidupnya dari segi
jasmani, dan begirtulah juga ia memerlukan kepada tuntutan untuk kesempurnaan
rohaniahnya. Perasaan atau naluri- naluri seperti perasaan takut, gerun, kasih
sayang, belas kasihan, rasa senang, lazat dan gembira semuanya merupakan
jalan-jalan yang membawa kepada ketinggian jiwa dan rohaniah manusia yang tidak
boleh seorang itu mencapai tangga kesempurnaan dalam hal tersebut kecuali
apabila mengenal Allah.
Ertinya manusia ini dari
segi kerohanianya ia telah menerima konsep ketuhanan sejak daripada mereka
berada di dalam kandungan Ibu, tetapi akibat daripada kedegilan dan kesombongan manusia maka mereka tidak mahu
menerima konsep ketuhanan ini. Allah telah menyatakan dalam firmanNya :
"æÅÐ
ÃÎÏ ÑÈß ãä ÈäíÁÇÏã ãä ÙåæÑåã ÐÑíÊåã æÃÔÏåã Úáì ÃäÝÓåã ÃáÓÊ ÈÑÈßã ÞÇáæÇ Èáì
ÔåÏäÇ"
Ertinya: “ Dan ingatlah ketika
Tuhan mengeluarkan keturunan anak-anak adam dari sulbi mereka dan Allah
mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka ( seraya berfirman): Bukankah Aku ini
Tuhan kamu? “ Mereka menjawab: “Betul” (Engkau Tuhan kami).”
(Al-A`raf: 172)
Sepanjang sejarah
hidup umat manusia seluruhnya tidak pernah sunyi dalam kehidupan mereka untuk
tidak menyembah Allah walaupun dengan berbagai cara dan keadaan yang mereka
lakukan. Mereka hanya berselisih dalam `approach` aqidah mengenai Allah, tetapi
mereka tidak berselisih, baik di zaman lampau atau moden ini tentang kewujudan
Allah.
Seorang
lelaki pernah bertanya kepada Jaafar As- Sadiq r.a berkenaan “Allah”. Untuk
menjawabnya ia bertanya kembali:
“Tidak pernahkah anda belayar di
laut?
“Pernah”, jawab orang itu.
“Pernahkah
anda dilanda ribut
taufan?”
“ya
pernah”, jawabya lagi.
“Pada
ketika itu, adakah anda putus
harapan daripada kelasi-kelasi dan alat-alat penyelamat?
“ Ya
ada”, jawab orang itu.
“Itulah
dia Allah SWT.
Keadaan
dan peristiwa yang seperti inilah yang diisyaratkan oleh Al-Quran:
"æÅÐÇ ãÓßã ÇáÖÑ Ýí ÇáÈÍÑ Öá ãä ÊÏÚæä ÅáÇ
ÅíÇå"
Ertinya: “ Dan apbila kamu ditimpa di lautan nescayalah
hilanglah siapa yang kamu seru, kecuali dia.”
(Al-Isra`:
67)
3.
Aqidah yang sentiasa menerima bukti
Ini
bererti setiap perkara yang dikemukakan untuk membuktikan kebenaran aqidah Islam mesti akan diterima oleh
aqal yang waras dan tidak lagi boleh ditolak dengan hujjah, kerana ia mempunyai
bukti yang cukup jelas dan padat. Oleh kerana itu sejak zaman dahulu sehingga
sekarang perdebatan mengenai kebenaran agama Islam akan berakhir dengan
kebenaran Islam akan mendapat tempat. Sebagai contohnya zaman sekarang di mana
perdebatan antara Ahmad Deedat selalu menampakkan kebenaran Islam menyebelahi
di pihaknya.
Tepatlah
seperti mana Allah SWT berfirman:
"Þá åÇ澂 ÈÑåäßã Åä ßäÊã ÕÇÏÞíä"
Ertinya: “ Katakanlah
(wahai Muhammad) bawa datanglah keterangan- keterangan kamu, sekiranya kamu
orang-orang yang benar”
(Al-Baqarah:
111)
4. Aqidah jelas terang
Tidak ada kesamaran dan
kekaburan untuk memahaminya. Aqidah tepat dan tetap tanpa menerima apa-apa
perubahan, penambahan, pengurangan dan penyesuian sejak daripada ia mula
diturnkan kepada para rasul-rasul yang sebelum daripada junjungan besar Nabi
Muhammad SAW. Kesemuanya mereka menyeru manusia supaya mengabdikan diri kepada
Allah yang satu.
5. Aqidah sebagai pembentuk peribadi
Sebagaimana yang
kita ketahui bahawa aqidah Islam ialah aqidah Rabbaniah, bersifat fitrah,
tetap, menyeluruh dan sebagainya, telah dapat membentuk insane yang mantap dan
teguh jiwanya. Kekuatan aqidah inilah
yang menjadi sumber kekuatan Islam dan umatnya
seperti yang pernah dibuktikan oleh sejarah yangf pernah memerintah2/3 daripada dunia
dengan dasar Islam. Begitu juga debgan perjuangan umat Islam di xaman mutakhir
ini di Iran, Afghnistan, Lubnan, Palestin dan lain-lain lagi.