MENGENAL GOLONGAN MANUSIA.

 

 

ORANG BERIMAN.

 

Orang yang mempercayai dengan penuh keyakinan terhadap apa yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W adalah benar dating dari Allah S.W.T dan segala pengetahuan yang diperolehinya digunakan untuk menguatkan lagi iman yang ada di dalam jiwa.

 

 

ORANG ISLAM.

 

Orang yang tunduk patuh terhadap apa-apa yang dibawa oleh Rasullullah . Ia mengerjakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

 

 

ORANG MUNAFIQ.

 

Orang yang menyembunyikan kekafirannya dengan berpura-pura menunjukkan keislamannya dri segi percakapan dan perbuatannya. Orang munafiq di akhirat kelak tempatnya di neraka yang paling bawah sekali.

 

 

ORANG SYIRIK.

 

Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk yang lain atau percaya ada kuasa lain yang lebih berkuasa daripada Allah.Mereka digelar musyrik. Syirik terbahagi kepada 2 :

      -  syirik akhbar ( besar )  :    menyekutukan Allah dengan sesuatu makhluk seperti memuja tempat keramat ,kubur lama      dan sebagainya.

      -  syirik asghar ( kecil )     :  Syirik jenis tidak menyebabkan seseorang terkeluar dari Islam seperti mengerjakan sesuatu amal ibadat kerana riya’ atau ingin menunjuk kepada orang lain.

 

 

ORANG KAFIR.

 

Sseorang yang mengingkari keEsaan Allah,kenabian nabi atau syariatnya. Seseorang yang mengingkari asalah satu atau ketiga-tiganya dipanggil kafir. Kafir boleh dibahagi kepda tiga bahagian :

-          Kafir Jahli  : kekafiran yang disebabkan kejahilan.

-          Kafir Juhdi : kekafiran yang disebabkan merasa terhina sekiranya memeluk agama Islam.

-          Kafir Hukmi  :   kekafiran yang disebabkan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan keimanan seperti menghina kitab Al-Quran atau hukum-hukum yang terdapat di dalamnya atau menghina sunnah nabi.

 

 

ORANG MURTAD.

 

Orang yang tidak lagi tunduk atau patuh kepada syariat Islam atau meniggalkan dan menceraikan diri dari jamaah Islam. Seseorang yang menghalalkan barang yang haram dan mengharamkan barang yang halal juga dihukum sebagai murtad. Mempersenda,mempermain dan menolak sebahagian hukum Islam juga termasuk dalam golongan ini. Murtad kembali kepada anak.

 

ORANG FASIQ.

 

Orang yang terkeluar dari jalan kebenaran dan tidak memperdulikan segala perintah Allah. Setiap masalah yang dihadapi mereka tidak diselesaikan mengikut syariat Islam sebaliknya mengikut kehendak hawa nafsu mereka.

 

 

ORANG ZALIM.

 

Orang yang berhati kejam serta tidak rasa takut sedikitpun kepada Allah . Mereka tidak beriman dan tergolong dalam golongan orang kafir.