بسم الله الرحمن الرحيم

 

 

PENGERTIAN USRAH

 


Perkataan USRAH berasal dari kalimah Bahasa `Arab yang bererti keluarga. Penggunaan istilah ini (USRAH), pada umumnya adalah untuk menunjukkan adanya hubungan atau ikatan persaudaraan sesama manusia sama ada dalam hubungan rumahtangga, darah keturunan, suku bangsa atau puak.

 

            Dalam kontek Harakah Islamiyyah: “USRAH bererti satu unit keluarga yang diikat oleh kesatuan `Aqidah ( kesatuan keimanan ), kesatuan pemikiran (fikrah), kesatuan kesedaran tentang persamaan sejarah dan nasib dan kesatuan cita-cita perjuangan untuk bekerjasama dan bantu-membantu memperkukuhkan jama`ah Islam dari berbagai sudut bagi membolehkan kerja-kerja `amal jama`i dan amal Islami dilaksanakan dengan teratur sehingga tertegaknya Daulah dan Khilafah Islamiyyah.”

 

            Berdasarkan ta`rif di atas dapatlah difahami bahawa USRAH dalam kontek gerakan kita, bukanlah bermakna keluarga dalam pengertian yang sempit dan terbatas kepada ikatan kelompok tertentu. Sebaliknya USRAH yang kita maksudkan adalah keluarga yang diikat dengan ikatan yang lebih kukuh dan lebih khusus.Ikatan yang mengatasi sempadan bangsa dan keturunan. Itulah ikatan `AQIDAH, yang merupakan ikatan yang paling bersih dan paling mulia, kerana `Aqidah inilah yang menjadi kayu ukur bagi menentukan kebenaran sesuatu sistem dan matlamat hidup manusia.

 

            Oleh yang demikian kewujudan setiap unit USRAH dalam jama`ah kita adalah dengan tujuan, cita-cita dan matlamat yang jelas dan terang. Matlamat kita adalah untuk mencapaikan seluruh tujuan keIslaman yang mulia, bagi kemaslahatan dan kebahagian hidup di dunia dan di Akhirat kelak.

 

            Harakah Islamiyyah akan memperolehi keuntungan yang besar jika anggota-anggotanya terdiri dari orang-orang yang mempunyai kefahaman Islam yang baik, memiliki syakhsiyyah yang mulia dan menarik, memahami tata cara bergerak dalam jama`ah Islam, mampu membawa fikrah jama`ah dan yang paling utama ialah berpegang teguh dan beriltizam dengan manhaj pergerakan yang telah diputuskan oleh jama`ah. Memandangkan semua perkara di atas adalah merupakan bekalan dan syarat-syarat yang sangat bermakna kepada jama`ah, maka anggota-anggota jama`ah Islam wajib mengambilnya secara langsung dari pimpinan jama`ah yang bertanggungjawab menyediakannya melalui program-program tarbiyyah jama`ah. Salah satu dari institusi tarbiyyah yang penting ialah USRAH.

 

 


TUJUAN USRAH

 


1.      Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang  taat kepada Allah SWT.

 

2.       

 

3.      Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran Al-Quran dan Al-Sunnah.

 

4.      Mengiltizamkan anggota dengan akhlak Al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan larangannya.

 

5.      Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan dalam kehidupan seharian

 

 

6.      Melatih supaya berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang telah diajar oleh Allah dan Rasul

 

7.      Sentiasa bermulazamah dengan Al-Quran dan Hadith

 

8.      Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan

 

9.      Membentuk peribadi  keluarga dam masyarakat Muslim

 

 

10. Merapatkan ukhwah dan kasih sayang di kalangan anggota

 

11. Menghidupkan budaya nasihat menasihati di kalangan anggota

 

 

12. Menanamkan semangat cintakan agama Allah

 

13. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan  Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak mengenal erti kecewa.



RUKUN-RUKUN USRAH

 

 

           


Kejayaan dan kerukunan sesebuah keluarga tidak mungkin dapat dicapai melainkan setiap anggotanya memahamidan menghayati segala tuntutan rukun-rukun yang mengikat mereka mengikat mereka sebagai sebuah keluarga.Kejayaan yang dimaksudkan itu adalah sama seperti amal ibadah yang lain, di mana sesutu ibadah itu akan menjadi rosak atrau sia-sia apabila syarat rukunnya tidak dipatuhi atau pun ditinggalkan sama sekali.

 

            Di antara sifat-sifat asasi yang menjadi rukun bagi setiap anggota keluarga ialah mereka mestilah saling kenal-mengenali di antara satu sama lain, saling mengambil berat, saling berkasih sayang, saling lindung-melindungi, saling maaf-memaafkan, saling menjaga rahsia dan a`ib, sama-sama merasai kesenangan dan kegembiraan, sama-sama sanggup menaggung kepayahan dan kesusahan, bertolak ansur serta saling faham-memahami.

 

            Jika rukun-rukun ini dijaga dan dipelihara dengan sebaik-baiknya nescaya kumpualn USRAH berkenaan menjadi kuat dan kukuh. Ini sudah pasti merupakan satu kejayaan dalam usaha menyediakan satu tapak dari nbatu-bata yanhg paling kuat bagi sebauh jama`ah yang akan berjaya mengharungi medam gerakan, Insya`Allah.

 

            Berikut marilah kita membuat pengamatan terhadap garis panduan dan wasiat dari Al-Syahid Imam Hassan Al-Banna terhadap anggota-anggota Ikhwannya.

 

            Berkaitan dengan rukun-rukun USRAH yang dimaksudkan Imam Hassan Al-Banna menjelaskan:

 

            Rukun ikatan USRAH ini tiga perkara yang mana saudara hendaklah memelihara serta mengambil berat untuk bersunnguhh-sungguh menjayakannya supaya ikatan USRAH tersebut tidaklah semata-semata menjadi beban yang tidak mempunyai sebaran erti. Tiga rukun tersebut ialah:

 

1.            Berkenalan         (التــعـارف)

2.            Bersefahaman     (التــفــاهم)

3.            Berseimbangan   (التــكافـــل)

 

Dalam menerangkan maksud rukun-rukun tersebut Imam Hassan Al-Banna menegaskan:

 

            Pertama: Berkenalan di antara satu sama lain ialajh rukun yang pertama bagi pengertian USRAH. Oleh itu saudara-saudara hendaklah berkenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah dan hendaklah saudara-saudara menyedari serta memahami pengertian hakikat ukhuwwah (persaudaraan) sejati di antara sesama saudara sendiri. Saudara-saudara hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun yang boleh mengeruhkan perhubungan ukhuwah itu. Ini boleh saudara-dsaudara lakukan dengan jalan senantiasa menjunjung titah perintah firman-firman Allah dan Hadith-hadith rasul, bahkan dengan jalan menjadikan firman-firman dan hadith-hadith itu perkara-perkara yang wajib diutamakan ke atas perkara-perkara lainnya.

 

Allah SWT berfirman:

 

   "إنما المؤمنون اخوة"

 

Ertinya: “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara”

 

(Surah Al-Hujurat: Ayat 10)

 


                                                      

 

 


"واعتصموا بحبل الله جميعا

Ertinya: “Dan berpeganglah kamu dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.”

(Surah Ali Imran:  103)

 

Rasulllah Sallahu `alaihi Wassalam juga bersabda:

 

" المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا" 

(رواه البخاري ومسلم)

 

Ertinya: “Orang mu`min bagi orang mu`min itu laksana satu badan yang Sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”

                                                           

 (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

 

           

Rasulllah Sallahu `alaihi Wassalam juga bersabda:

 

" مثل المؤمنين قي توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل الجسد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى".    )رواه البخاري ومسلم)

 

Ertiinya: “Perbandingan orang-orang mu`min dalam berkasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka dan dalam rasa simpati mereka adalah laksana tubuh badan yang satu.”

 

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Malangnya perintah-perintah Allah dan arahan-arahan Rasul itu, dalam zaman kebelakangan selepas angkatan pertama dari perkembangan Islam dahulu, telah berubah hanya menjadi cakap-cakap kosong di kalangan orang-orang Islam sendiri dan ianya tidak lebih dari angan-angan sahaja. Tetapi walaubagaimanapun bila angkatan kita Ikhwan Al-Muslimin muncul maka barulah sahabat-sahabat sempat membuktikan keagamaan yang kuat erti hakikat perkenalan (Al-Ta`aruf) tadi secara amalan, malah saudara-saudara Ikhwan kita mencuba  berkali-kali melaksanakan dasar Ta`ruf di kalangan masyarakat kita; saudara-saudara juga membuktikan keagamaan yang kuat untuk mencantumkan umat kita semula. Umat kita dengan berpandang kepada semangat cinta kepada Allah dalam bentuk “Ukhwah Islamiyyah” (persaudaraan Islam).

 

Kedua : Bersefahaman (Al-Tafahum) rukun yang kedua bagi peraturan atau susunan USRAH ini, adalah Tafahum atau berkefahaman. Oleh itu hendaklah saudara-saudara selama- lamanya berpegang dengan kebenaran; iaitu dengan jalanmengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah dan menghentikan apa-apa yang dilarangnya, dan saudara-saudara juga hendaklah memeriksa diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada saudara-saudara benar-benar taat pada perintah Allah atau pun terlibat ke dalarn arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri saudara-saudara hendaklah pula nasihat-menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan sesuatu kecacatan.

 

Dalam soal nasihat-menasihati ini hendaklah saudara yang diberi nasihat itu bersedia serta sanggup menerima nasihat dari saudaranya tadi dengan sukacita dan gembira dan memberi ucapan terima kasih atas nasihatnya itu. Saudara yang memberi nasihat itu pula janganlah berubah hati terhadap saudaranya yang tersilap tadi walaupun perubahan perasaan itu sejarak sehelai rambut sekalipun.Nasihat-nasihat hendaklah diberi dengan cara yang baik dengan tidak memandang rendah terhadap saudara yang dinasihatinya itu. Orang yang memberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia bahkan ia hendaklah memberi nasihat dengan cara tidak melahirkan secara terang-terangan(menyembunyikan) akan kesilapan saudaranya itu kira-kira selama sebulan dengan tidak pun menceritakan segala kecacatan yang telah pun diperhatikannya kepada ketuanya (Naqib Usrah).la hendaklah menceritakan hal itu kepada ketua Usrah jika ia rasa tidak berdaya memperbaikinya. Dalam apa hal sekalipun, iaitu janganlah sekali-kali ia merasa tawar hati terhadap saudaranya yang "silap" ta.di, malah hendaklah ia tetap memberi kasih-sayang terus-menerus kepadanya sehinggalah Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.

 

Dalam semua hal seperri yang dibentangkan tadi, saudara yang diberikan nasihat pula janganlah menunjukkan kedegilan dan sikap keras kepala malah janganlah berubah hati walau sejarak rambut sekalipun terhadap saudaranya yang memberi nasihat tadi. Hendaklah difahami bahawa martabat kasih-sayang kerana Allah itu, adalah setinggi-tinggi martabat  bagi pengertian"kasih-sayang" di kalangan urnat manusia, manakala nasihat itu pula adalah satu-satunya dasar yang amat penting dalam agama Islam. Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda: "Ad-DinunNasihah" (Ertinya: Agama itu adalah nasihat). Oleh itu perhatikanlah dalam-dalam mudah-mudahan Allah memberi rahmat kepada kamu. Perhatikanlah dalam-dalam akan pengajaran yang mulia di dalam Hadith Rasul tadi, mudah-mudahan Allahselamatkan saudara-saudara di antara sesama saudara-saudara sendiri, dan semoga Allah memperkukuhkan  susunan saudara-saudara dengan berkat taat saudara-saudara kepadanya dan semoga Allah elakkan kita dan saudara-saudara semua daripada tertipu dengan syaitan.

 

Ketiga: Berseimbangan (Al-Takaful). Berseimbangan (takaful) ialah dasar memelihara kasih sesama sendiri supaya jangan ada yang terbiar atau terlantar. Oleh itu saudara-saudara hendaklah mengambil dasar takaful ini dengan cara-cara yang bersungguh-sungguh untuk bersama-sama menolong memikul beban sesama sendiri. Dasar berseimbangan atau takaful inimerupakan tunjang iman dan INTISARI ukhuwwah sejati.Untuk mengamalkan rukun keseimbangan ini saudara-saudarahendaklah senantiasa bertanya khabar sesama sendiri, ziarah-menziarahi, dan berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong di antara satu sama lain sedaya-upaya.Perhatikan sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam'.

 

“لإن يمشي أحدكم في حاجة أخيه خير له من أن يعتكف في مسجدي هذا شهرا      

 

Ertinya: 'Kalau seseorang dari kamu berjalan kerana hendak menolong saudaranya yang lebih baik baginya daripada ia beri`tikaf selama sebulan di Masjidku ini. "

 

Dalam sabdanya yang lain Rasulullah berkata:

 

 " من أدخل السرور على أهل بيت من المسلمين لم ير الله له جزاء دون الجنة"

 

Ertinya: "Barangsiapa memberi kesukaan kepada keluarga sebuah rumah orang muslim, nescaya yang tidak dibalas oleh Allah melainkan dengan Syurga. "

 

Mudah-mudahan Allah Azz^a Wajjala padukan saudara- saudara sekalian dengan pertolonganNya sendiri, kerana Allah itulah sebaik-baik pengawal dan sebaik-baik penolong.