PEMBATALAN TAUHID


 

 

Bukan semua orang Islam yang mengucap dua kalimah syahadah akan kekal di dalam Islamnya sampai ke akhir hayat, bahkan ada di antaranya terkeluar dari agama Islam menjadi murtad sama ada dengan disedari atau pun tidak. Yang menjadi murtad itu kerana melakukan perkara-perkara yang membatalkan tauhid, imam dan syahadah mereka.

 

Yang membatalkan tauhid, iman dan syahadah ialah mana-mana iktikad atau mana-mana perkataan atau perbuatan yang menunjukkan adanya pengingkaran dan penentangan kepada ucapan syahadah atau penentangan terhadap mana-mana satu dari ajaran Islam. Pembatalan tauhid boleh berlaku apabila seorang Muslim ingkar atau menentang terhadap empat perkara berikut; keingkaran dan penentangan terhadap tauhid rububiyah, tauhid asma wa sifat, tauhid uluhiyah dan keingkaran dan penentangan terhadap kerasulan Nabi Muhammad SAW.

1 Keingkaran dan Penentangan Terhadap Tauhid Rububiyah

 

Mana-mana iktikad, kata-kata atau perbuatan yang mengingkari tauhid di atas boleh merosakkan tauhid seperti mengingkari kekuasaan Allah dengan mengatakan alam ini bukan dijadikan oleh Allah atau mengatakan Allah  tidak mentadbir alam ini atau mendakwa rezeki bukan dari Allah  dan lain-lain lagi. Atau mendakwa hak ketentuan Allah di atas menjadi miliknya seperti dakwaan Firaun yang mengatakan, 'Akulah Tuhan yang tertinggi atau seseorang itu mendakwa dia berkuasa mentadbir alam ini, dia member! rezeki, bukan Allah  dan lain-lain.

2 Keingkaran dan Penentangan Terhadap Tauhid Asma Wa Sifat

 

Keingkaran dan penentangan ini seperti seseorang menafikan sifat atau'nama-nama Allah  yang disebut oleh Allah dan Rasul-Nya, seperti menafi sifat ilmu, hayat dan lain-lain. Atau mengisbatkan sesuatu sifat yang tidak disebut oleh Allah dan rasul seperti mengatakan Allah ada anak, lemah, zalim tidak adil dan sebagainya.

 

3 Keingkaran dan Penentangan Terhadap Tauhid Uluhiyah

 

Kebanyakan murtad berlaku di kalangan orang ramai adalah melalui keingkaran terhadap tauhid ini, seperti beriktikad atau berkata atau melakukan sesuatu perbuatan yang menunjukkan:

• Allah tidak perlu ditakuti.

 

• Atau tidak perlu sujud, rukuk, tidak perlu taat  kepada Allah .

 

•Atau melakukan sesuatu ibadat kepada selain Allah . seperti menyembah jin, malaikat, berdoa   tidak kepada Allah dan lain-lain.

 

•Atau mendakwa dia mempunyai hak membuat peraturan atau undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah seperti mendakwa dia berhak menghalal sesuatu yang haram atau mengharam sesuatu yang halal, umpamanya dia menghalalkan riba, mengubah hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah merubah hukum pesaka atau menghalal berkahwin dengan saudara perempuan dan lain-lain.

4 Keingkaran dan Penentangan Terhadap Kerasulan Nabi Muhammad

 

Keingkaran terhadap kerasulan Nabi Muhammad termasuk mengingkari ajaran yang dibawanya sama ada melalui iktikad, perbuatan atau kata-kata seperti:

 

• baginda bukan nabi akhir zaman.

• baginda hanya diutus khusus untuk    

 orang-orang sahaja.

• ingkar sifat-sifat wajib baginda .

• mencaci baginda  dan ajaranya.

•mengingkari al-Quran, al-Hadis dan ajaran ajaran baginda sama ada keseluruhan atau  sebahagian sahaja.

•mengingkari satu hukum daripada hukum Islam dan lain-lain.

Sehubungan dengan pembatalan tauhid ini kitab Mustika Hadis menyebut dengan panjang lebar mengenai perkara-perkara yang membatalkan tauhid dengan membahagikan sebab-sebab pembatalan itu melalui tiga perkara, batal melalui iktikad, batal melalui perkataan dan batal dengan perbuatan.

5 Pembatalan Melalui Iktikad

 

Perkara yang membatalkan iman dan Islam melalui iktikad seperti iktikad alam ini qadim, tidak ada pencipta atau alam ini kekal, atau iktikad pencipta alam ini baru, menyerupai makhluk atau bersifat dengan sifat baru, mempunyai anak isteri, berbilang dan mati.

 

Juga menafi kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah mengiktikad kerasulan Nabi Muhammad  hanya untuk orang-orang Arab sahaja, mengiktikad hukum Islam lapuk, tidak sesuai dengan zaman, atau mengingkari mana-mana rasul Allah , iktikad ada nabi lain sesudah Nabi Muhammad SAW.

 

Juga seperti iktikad tidak ada dosa pahala, syurga neraka, tidak ada bangkit hidup semula, tidak ada kiamat dan lain-lain. Atau iktikad agama kafir itu lebih baik daripada agama Islam, berbalik-balik hati di antara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa akan datang.

6 Pembatalan Melalui Perkataan

 

laitu mana-mana perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek dan mempermainkan nama-nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-Nya, rasul-rasul Nya, kitab-kitab-Nya dan hukum-hukum Allah ^ serta hukum Rasul-Nya sepert berkata:

• hukum ini sudah lapuk.

•berzina sekarang tidak patut

 diharamkan.

• dalam zaman serba maju ini kaum wanita tidak perlu dibungkus (menutup aurat).

• apalah haramnya berzina kalau suka sama suka.

• apa salahnya meminum arak bagi menyihatkan badan untuk beribadat.

• apa salahnya berjudi kalau masing-masing rela menerima untung rugi.

• si anu sudah menyalak sewaktu

  mendengar azan.

• aku tidak mahu memotong kuku

  sekalipun sunat.

• Atau kata-kata mengkafirkan seseorang Islam padahal orang itu tidak diyakini ada padanya   sesuatu sebab yang menjadi kafir dan lain-lain.

 

7 Pembatalan Dengan Perbuatan

 

laitu setiap perbuatan yang dilakukan untuk menghormati mana-mana makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar atau mengagung Allah seperti:

• sujud kepada makhluk.

 

• tunduk kepada mana-mana makhluk sehingga sampai kepada had sekurang-kurangnya rukuk sembahyang dengan tujuan menghormatinya seperti menghormati Allah.

 

• melakukan upacafa ibadat terhadap sesuatu makhluk yang disembah oleh orang-orang kafir menurut upacara yang mereka lakukan.

 

• melakukan mana-mana cara ibadat terhadap selain Allah.

 

•meletak ayat-ayat al-Quran, Hadis-Hadis Nabi , nama-nama Allah H, rasul-rasul-Nya, malaikat-malaikat-Nya dan ilmu-ilmu agama di tempat yang najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendahkannya, kalau tidak dengan tujuan itu hukumnya haram.

 

• mengguna kertas yang tertulis ayat-ayat al-Quran, al-Hadis dan mana-mana nama Allah  atau ilmu agama bagi membungkus, mengesat dan menyapu sesuatu dengan tujuan menghina dan lain-lain."

Apa yang disebut di atas adalah sebahagian sahaja daripada perkara-perkara yang membatalkan tauhid. Pembaca boleh mengkaji kitab-kitab seperti az-Zawajir tulisan Ibn Hajar al-Haitami dan kitab-kitab fekah Islam berhubung dengan ar-Riddah dan lain-lain kitab lagi kalau mahu mengetahui dengan lebih meluas. Perkara pembatalan iman dan tauhid sangat penting diketahui oleh semua orang bagi menjaga diri dari tergelincir dari agama Islam atau menjadi murtad.

 

Dari huraian yang ringkas, jelaslah bahawa tauhid merupakan ajaran asasi dan yang paling penting dari ajaran Islam. Tauhid perlu dipelajari dengan sungguh-sungguh supaya setiap individu Muslim mengetahui semua selok-belok tauhid dan perkara-perkara yang berhubung dengannya. Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis tauhid, hubungannya dengan syahadah, tuntutan-tuntutannya, perkara-perkara yang membatalakannya. Semoga dengan itu kta akan menjadi seorang Muslim yang benar-benar memahami Islam dan menghayatinya.