KESEMPURNAAN TAUHID


 

Tauhid yang diimani oleh seseorang tidak akan sempurna kecuali adanya tiga faktor penting seperti berikut; ikhlas ubudiyyah kepada Allah , mengkufurkan segala taghut dan memelihara dari syirik.

1 Ikhlas Ubudiyah Kepada Allah

 

Faktor pertama bagi kesempumaan tauhid ialah memberi hak uluhiyah atau hak penyembahan yang sempuma dari segi keagungan, kecintaan dan ketaatan mutlak hanya kepada Allah  sahaja, tidak boleh diberi kepada selain daripada-Nya. Perkara ini akan tercapai melalui perkara-perkara berikut;

 

A.    Jangan jadikan selain Allah sebagai Tuhan sehingga mengagung selain Allah  sama seperti mengagung Allah Segala bentuk penyembahan dan pengagungan selain Allah hendaklah dihapuskan sama ada benda itu batu, kayu, manusia, undang-undang, isme-isme dan lain-lain.

 

B.    Jangan ambil selain Allah sebagai wali (penolong) dan jangan mencintai selain Allah sama seperti mencintai Allah  Firman Allah:

 

æóãöäú ÇáäøóÇÓö ãóäú íóÊøóÎöÐõ ãöäú Ïõæäö Çááøóåö ÃóäÏóÇÏðÇ íõÍöÈøõæäóåõãú ßóÍõÈøö Çááøóåö æóÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÃóÔóÏøõ ÍõÈøðÇ áöáøóåö

 

Ertinya:” Ada di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi)  sekutu-kutu (Allah),  mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah, sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.”

 

                                                                (Al- Baqarah : 165)

A.    Jangan mencari hakim daripada Allah dan hendaklah memberi ketaatan hanya kepada Allah  sebagaimana firman Allah :

 

ÃóÝóÛóíúÑó Çááøóåö ÃóÈúÊóÛöí ÍóßóãðÇ æóåõæó ÇáøóÐöí ÃóäÒóáó Åöáóíúßõãú ÇáúßöÊóÇÈó ãõÝóÕøóáðÇ æóÇáøóÐöíäó ÂÊóíúäóÇåõãú ÇáúßöÊóÇÈó íóÚúáóãõæäó Ãóäøóåõ ãõäóÒøóáñ ãöäú ÑóÈøößó ÈöÇáúÍóÞøö ÝóáóÇ Êóßõæäóäøó ãöäú ÇáúãõãúÊóÑöíäó

 

 

 

 

Ertinya: “(Katakanlah wahai Muhammad): Patutkah aku (terpedaya dengan kata-kata dusta syaitan-syaitan itu sehingga aku hendak mencari hakim selain dari Allah, padahal Dialah yang menurunkan kepada kamu kitab al-Quran yang jelas nyata kandungannya satu persatu (tentang yang benar dan yang salah)?

 

 ( Al- An`am: 114)

Al-Quran menjelaskan sesiapa yang berhakimkan kepada selain daripada Allah dan Rasul-Nya bererti dia telah terkeluar dari hakikat iman dan telah masuk ke dalam mentaati syaitan.

Firman Allah:

 

 

Ertinya: “Tidakah engkau hairan (wahai Muhammad) melihat orang-orang (munafik) yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada (kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada (taghut) itu. Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah'' nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.”

 

Di akhir ayat ini Allah menjelaskan bahawa orang yang tidak menghukum dengan hukum al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad dianggap orang munafik yang suka menghalang orang ramai dari mendekatkan diri kepada Allah dan Rasul-Nya. Ini bererti orang mukmin mesti berhukum dengan hukum Allah dan menolak hukum ciptaan manusia yang bercanggah dengan hukum Allah kerana menolak hukum Allah  dianggap sebagai seorang munafik.

 

 

 

 

2. Mengkufurkan Segala Taghut

 

Faktor kedua bagi kesempumaan tauhid ialah mengkufurkan segala bentuk taghut dan membersih diri dari segala perkara yang disembah atau dipuja selain Allah .

 

Firman Allah:

 

áóÇ ÅößúÑóÇåó Ýöí ÇáÏøöíäö ÞóÏú ÊóÈóíøóäó ÇáÑøõÔúÏõ ãöäú ÇáÛóíøö Ýóãóäú íóßúÝõÑú ÈöÇáØøóÇÛõæÊö æóíõÄúãöäú ÈöÇááøóåö ÝóÞóÏú ÇÓúÊóãúÓóßó ÈöÇáúÚõÑúæóÉö ÇáúæõËúÞóì áóÇ ÇäÝöÕóÇãó áóåóÇ æóÇááøóåõ ÓóãöíÚñ Úóáöíãñ(256)

 

Ertinya:” Oleh itu sesiapa yang tidak percayakan taghut dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh, yang tidak akan putus.”

 

                                                       ( Al- Baqarah: 256)

Perkataan taghut berasal dari bahasa Arab diambil dari kalimahØÛì íØÝì ØÛíÇä   bererti melampaui batas Manakala pengertian taghut mempunyai beberapa pendapat di sisi ulama. Di bawah ini dijelaskan pendapat-pendapat tersebut.

 

ü     Imam al-Jauhari berkata taghut ialah kahin iaitu tukang tenun dan tukang tilik yang mengaku mengetahui perkara-perkara ghaib dan tersembunyi, juga segala ketua kepada kesesatan.

 

ü     Mujahid dan Sayidina Omar berkata, taghut ialah syaitan.

 

ü     Ad-Dhahak dan as-Sudiy berkata, taghut ialah patung-patung berhala.

 

ü     Imam al-Qurthubi berkata (perintah Allah ) supaya menjauhi dari taghut bermaksud;  meninggalkan segala yang disembah atau dipuja selain Allah seperti syaitan, kahin, berhala-berhala dan orang-orang yang mengajak orang lain kepada kesesatan. Semuanya dipanggil taghut.

 

ü     Imam at-Tabari (Abu Ja'afar at-Tabari pula berkata taghut ialah segala ; yang melampui batas yang. menentang Allah , lalu disembah selain Allah . Orang-orang yang menyembah taghut itu meliputi semua orang sama ada yang menyembah dengan terpaksa atau tidak dan sama ada perkara yang disembah dan dipuja itu benda, manusia atau patung berhala.

 

ü     Muhammad bin Abdul Wahhab mengatakan taghut itu umum meliputi segala perkara yang disembah selain Allah dan ia redha ditumpukan pemujaan kepadanya sama ada benda itu disembah atau diikuti atau ditaati, dan taghut itu banyak. Ketuanya ada lima jenis iaitu:

 

Ø    Syaitan,  yang mengajak dan memperdaya orang lain supaya melakukan ibadat selain daripada Allah.

 

Ø    Pemerintah yang  zalim yang merubah hukum-hukum Allah .

 

Ø    Mana-mana orang yang menghukum tidak dengan hukum yang diturunkan oleh Allah (pemerintah yang menghukum dengan hukum ciptaan manusia).

 

Ø    Mana-mana orang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti tukang tenun, tukang tilik dan tukang nujum.

 

Ø    Mana-mana orang atau benda yang disembah atau dipuja selain Allah sedangkan dia redha disembah atau dipuja.

 

 Syeikh Abd Aziz Abdullah b Baz pula berkata, difaham daripada pendapat-pendapat ulama terdahulu didapati bahawa taghut itu ialah segala sesuatu (sama ada manusia atau benda) yang menghalang  atau mencegah manusia dari mentaati Allah dan Rasul-Nya sama ada penghalang itu syaitan jin atau syaitan manusia, pokok-pokok, batu-batu, patung-patung berhala dan lain-lain. Termasuk di bawah taghut juga ialah menghukum dengan undang-undang ciptaan manusia, tidak dengan hukum Islam dan syariatnya dengan tujuan mahu membatalkan syariat Allah supaya tidak dilaksanakan hukum hudud, menghalalkan riba, zina, arak dan sebagainya dan (ketahuilah) bahawa undang-undang ciptaan manusia itu sendiri adalah taghut dan orang yang menggubal dan menyokongnya adalah juga taghut. Mana-mana penulis yang cuba memesongkan orang ramai dari kebenaran (Islam) yang dibawa oleh Rasulullah dianggap taghut.

Dari petikan pendapat. beberapa orang ulama di atas jelaslah bahawa taghut itu umum, termasuk di bawahnya mana-mana orang dan mana-mana peraturan,  isme dan apa sahaja benda yang boleh menghalang orang ramai dari menyembah dan mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya, atau yang dapat merosak dan menjauhkan manusia dari mengikuti kebenaran Islam dan ajarannya, bahkan dapat memperdayai orang ramai supaya mengikut jejak langkah syaitan dan  menyesatkan manusia dari kebenaran Islam.

3 Memelihara Dari Syirik

 

Faktor ketiga bagi kesempumaan tauhid ialah seseorang Muslim perlu memelihara diri dari sebarang bentuk syirik kerana syirik adalah lawan tauhid. Seseorang Muslim mesti mengetahui syirik, jenis-jenisnya, ruang-ruang lingkupnya, menjaga diri dari terjatuh ke lembah syirik yang boleh merosakkan iman dan tauhid.  Salah satu syirik yang tidak diketahui ramai orang  Islam ialah  hakimiyyah (perundanganj iaitu tidak menghukum dengan hukuman  Islam  bahkan mengambil hukum manusia sebagai gantinya.

 

Dr Yusof al-Qardhawi menyebut di antara syirik besar yang tersembunyi yang  ramai orang Islam tidak mengetahuinya ialah mengambil sesuatu selain Allah sebagai pembuat syariat atau peraturan hidup atau undang-undang. Sehingga sesetengah orang memberi kepada seseorang individu atau sesuatu kumpulan hak membuat syariat (undang-undang) secara bebas untuk mereka dan untuk orang lain. .Lalu golongan tersebut menghalal dan mengharamkan sesuatu yang mereka mahu dan menggubal undang-undang sesuka hati sehingga kepada perkara yang tidak liizinkan oleh Allah  atau perkara-perkara yang berlawanan dengan syariat Allah.

                                   -

Kemudian undang-undang itu diikuti dan ditaati seolah-olah ianya undang-undang dan peraturan Allah yang turun dari langit. Sedangkan yang sebenamya Allah sahaja yang berhak membuat peraturan dan undang-undang kepada manusia kerana Dialah yang mencipta manusia, memberi rezeki kepadanya dan sebagainya. Allah  sahajalah yang berkuasa mengenakan sesuatu taklif (arahan) dan undang-undang ke atas hamba-Nya.

 

Rasulullah pernah menegur 'Adiy Ibn Hatim at-Taii dan orang-orang kristian lain kerana mematuhi dan mentaati peraturan-peraturan yang dibuat oleh padri-padri dan pendeta-pendeta yang bercanggah dengan hukum Injil dan mereka dianggap telah syirik pada tauhid uluhiyah. Peristiwa ini berlaku sewaktu 'Adiy pergi berjumpa Rasulullah sedangkan dia memakai salib di tengkuknya. Melihat salib itu baginda menyuruh buangkan dan baginda membaca ayat berikut:

 

ÇÊøóÎóÐõæÇ ÃóÍúÈóÇÑóåõãú æóÑõåúÈóÇäóåõãú ÃóÑúÈóÇÈðÇ ãöäú Ïõæäö Çááøóåö

 

Maksudnya: “Mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan pendeta-pendeta dan ahli-ahli agama mereka sebagai Tuhan selain dari Allah.”

 

                            ( At- Taubah: 31)

Mendengar ayat itu 'Adiy berkata kepada Rasulullah : "Mereka (orang-orang Kristian) tidak menyembah padri-padri dan pendeta-pendeta mereka." Rasulullah menjawab: "Tidakkah mereka (padri dan pendeta) menghalalkan kepada mereka perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah  dan mengharamkan kepada mereka perkara-perkara yang dihalalkan oleh Allah kemudian mereka ikut dan taat kepada hukum-hukum itu?" 'Adiy menjawab: "Ya, memang." Rasulullah     berkata: "Itulah dia yang dikatakan orang-orang Kristian menyembah padri-padri dan pendeta-pendeta mereka."

 

 Ayat ini menjelaskan kerana orang-orang Kristian mematuhi peraturan dan hukum-hukum yang digubal oleh padri dan pendeta mereka, maka mereka dikira telah syirik kepada Allah dari segi tauhid uluhiyah dalam hakimiyyah.