ADAB-ADAB USRAH

 

 

Bagi memelihara kelancaran usrah dan mencapai segala maksudnya, sayugia masing-masing anda mematuhi adab-adab usrah seperti berikut:

 

1. Hendaklah anda datang ke majlis dengan niat yang ikhlas untuk mencari dan mengharapkan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hendaklah saudara mengingati

 

Firman Allah:

 

 

"وما أمروا إلا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء ويقيموا الصلاة ويؤتوا الزكاة وذلك دين القيمة"

 

 

Ertinya: “Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus dan supaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus. "

dan yang demikian itulah agama yang lurus. "

 

(Surah Al-Bayyinah: Ayat 5)

 

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam juga telah mengingatkan kita supaya berikhlas kerana Allah dalam beramal:

 

 

"إنما أعمال بالنيات وإنما لكل امرىء ما نوى" ( رواه البخاري والمسلم)

 

Ertinya: "Sesungguhnya sanya 'amal perbuatan itu (dikira) dengan niat dan (ganjaran) bagi setiap urusan 'amal itu ( diberikan oleh Allah berdasarkan) apa yang seseorang itu

niatkan."

 

                                                                                             ( Riwayat Bukhari dan Muslim)

 

 

2.Hendaklah saudara datang ke majlis pada waktu yang telah dijanjikan atau ditetapkan.            Kelewatan seseorang tiba menyebabkan perjalanan majlis mungkin tergendala dan

anggota-anggota lain dalam keadaan tertunggu-tunggu. AbuHurairah Radiyallahu 'anhu menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda:

 

"وعن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : آية المنافق ثلاث:

                         إذا حدث كذب، وإذا وعد وأخلاف، وإذا أؤتمن خان" . ( متفق عليه)

 

 

Ertinya: "Tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga: (1) Apabila bercakap ia berdusta; (2) Apabila berjanji ia menyalahi janji; dan (3) Apabila ia diberi amanah ia mengkhianati amanah. "

 

3. Hendaklah saudara datang ke majlis di dalam keadaan berwuduk dan memakai pakaian yang sopan, bersih dan sempurna .

 

 

 

 

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda:

 

 

قال رسول الله علبه وسلم :" الطهور شطر الإيمان"

 

Ertinya: "Kebersihan itu sebahagian dari tanda-tanda keimanan seseorang. "

 

Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda:

 

"إنكم قادمون على إخوانكم فاصلحوا رحالكم واصلحوا لباسكم حتى

تكونوا كأنكم شامة في الناس فإن الله لا يحب الفحش ولا التفحش"

 

Ertinya: "Sesungguhnya (apabila) kamu datang kepada saudara-saudara kamu maka perelokkanlah "rihal" (barang-barang) kamu dan perelokkanlah pakaian kamu sehingga kamu menjadi seolah-seolah "syammah " (tanda) di kalangan manusia. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada perkara kej idan tidak kepada keadaan yang tidak teratur. "

 

4. Hendaklah saudara datang ke majlis dengan membawa atau menyediakan keperluan-keperluan yang lazim bagi majlis usrah kita terutama Al-Qur'an, teks usrah , buku catitan usrah, Al-Ma'thurat atau seumpamanya.

 

Pembelajaran dan pengamatan berdasarkan teks atau kitab tertentu adalah lebih baik kesannya dan memudahkan seseorang membuat rujukan di kemudian hari, di samping

tidak mengganggu para sahabat yang lain kerana terpaksa berkongsi teks atau kitab.

 

5. Hendaklah saudara datang ke majlis dengan persediaan yang diamanahkan setelah saudara menyanggupi amanah tersebut, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala mengingatkan:

 

 

         "وأوفوا بالعهد إن العهد كان مسئولا"

 

Ertinya: "Dan hendaklah kamu memenuhi janji tersebut, kerana sesungguhnya perjanjian adalah dipertanggungjawabkan

 

                                                                                                                      ( Al- Isra`: 34)

 

 

Firman Allah Taala l