AKIDAH ASAS ISLAM.

 

        Akidah dikira sebagai asas Islam. Tanpanya tidak tertegak Islam dan kehidupan individu. Akidah yang rosak mengakibatkan runtuhnya pegangan Islam seseorang. Sesesungguhnya Allah menurunkan wahyu-Nya memberi penumpuan serius terhadap persoalan akidah supaya setiap orang Islam selamat akidah dan sejahtera kehidupannya.

 

                     13 tahun Nabi Muhammad semasa di Mekah adalah zaman pembentukan akidah. Kesannya sahabat Rasulullah memiliki akidah yang teguh yang sentiasa yakin dengan Islam dan sentiasa menjunjung perintah Rasul-Nya.

 

 

AKIDAH SEBAGAI PENENTU ATAU PENDORONG

 

                    Akidah memainkan peranan penting dalam menentukan perjalanan hidup seseorang. Akidah adalah penggerak dan pencorak kehidupan. Akidah yang laemah mempengaruhi kehidupan negatif seseorang. Biasanya mereka yang tidak mempunyai asas akiadah yang jelas akan menghadapi masalah dalam kehidupan dan terdedah kepada berbagai-bagai kemungkinan.

 

 

 

FUNGSI AKIDAH SEBAGAI PENENTU ATAU PENDORONG

 

      Antara fungsi akidah ialah :

1.        Menghindari kepercayaan kepada kekuasaan material.

2.        Menghindari sifat takut mati.

3.        Membentuk keperibadian yang mulia.

4.        Membentuk ketenangan jiwa.

5.        Membentuk kehidupan yang baik.

 

          Abu A’la al-Maududi dalam bukunya “ Towards Understanding Islam”  merumuskan fungsi akidah dalam pembentukan peribadi seperti berikut :

a.      menghilangkan pandangan hidup yang sempit dan membosankan.

b.      menanam kepercayaan kepada diri sendiri dan tahu harga diri.

c.       membina sifat rendah hati dan sedia berkhidmat.

d.      Membentuk manusia menjadi berbudi dan adil..

e.      Menghilangkan sifat duka nestapa dan putus asa dalam menghadapi persoalan.

f.        Menanam sifst berani.

g.      Membentuk keperibadian yang teguh dan optimis.

h.      Memupuk sikap hidup damai dan redha.

i.        Membentuk keperibadian yang sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan Ilahi.

 

                 Sesungguhnya umat Islam pada hari ini amat memerlukan kepada pembinaan akidah dan menanamkan rasa kebesaran Allah di dalam hati terutamanya di saat perkembangan kebendaan yang sangat pesat ini.. Pembangunan kebendaan tanpa pembangunan akidah akan menyebabkan pembangunan itu akan hancur dan runtuh. Umat Islam perlu menterjemahkan pengertian akidah ini dalam kehidupan mereka seimbang dengan pembangunan kebendaan dengan kerohanian dan semuanya akan dapat membendung gejala-gejala yang menimpa masyarakat hari ini antaranya :

a.      Pengaruh barat yang berteraskan kebendaan yang menguasai masyarakat dan ia menyumbang kepada kerosakan akhlak.

b.      Alat sebaran am, media cetak dan elektronik memberi peluang yang besar kepada penyebaran maksiat dan hiburan yang melalaikan kepada masyarakat.

c.       Penyelewengan di dalam perniagaan dan pembangunan dan memperniagakan hak rakyat.

d.      Tidak amanah dalam menjalankan tugas yang diamanahkan.

e.      Penumpuan manusia kepada pencapaian akademik yang tinggi sehingga lupa tanggungjawab kepada Allah.

f.        Pengaruh politik wang yang mempengaruhi sebahagian ahli politik.

g.      Pilih kasih dalam pembahagian jawatan dan pekerjaan.

h.      Pengaruh dadah, arak, judi dan sebagainya.

 

             Gejala-gejala seperti ini tidak dapat dihapuskan dengan hanya bergantung kepada ketegasan undang-undang semata-mata tetapi perlujuga kepada kesedaran agama dan akidak yang mendalam.

 

 

PENUTUP.

 

               Akidah Islam berdasarkan kepada ajaran tauhid. Setiap mukmin wajib menjaga akidahnya. Ia sumber kekuatan kepad pemiliknya. Dan harus disedari bahawa apa bentuk penyelewengan yang dilakukan oleh manusia hari ini adalah berpunca daripada kerosakan akidah.