TAUHID AL- ASMA` WAL- SIFAT


 

 

 

Beriman dengan tauhid ini ialah dengan kita percaya dan mengakui segala nama dan sifat Allah SWT secara ijmal dan tafsil menurut apa yang diberitahu di dalam al-Quran dan oleh Rasulullah SAW, di mana Allah itu mempunyai al- Asma ul- Husna ( nama-nama yang paling baik) dan segala sifat kesempurnaan Maha Suci dari segala sifat kekurangan.

 

Sabda Rasul SAW:

 

"لله تسعة وتسعون اسما ، مائة إلا واحدا، لا يحفظها احد إلا دخل الجنة، وهو وتر يحب الوتر" ( رواه البخاري ومسلم) وفي رواية البخاري : من أحصاها

 

Ertinya: “ Bagi Allah itu sembilan puluh sembilan nama, seratus tolak satu, tidak mengingati akan-Nya oleh seseorang itu melaikan dia masuk syurga. Ia Tuhan Yang Satu ( tidak ada bandingan dan tidak terbahagi) dan suka kepada meng-Engsakan-Nya (tauhid).Menurut riwayat Al- Bukhari : Sesiapa yang menghitung-Nya dia masuk syurga.”

 

Perlu diketahui bahawa tauhid al-Asma` dan al- Sifat sahaja tidak memadai untuk membuktikan Islam dan menyatakan, tetapi mestilah melaksanakan apa yang lazim daripadanya yang terkandung di dalam tauhid Ar- Rubiyyah dan Al- Uluhiyyah. Kerana orang-orang kafir juga mengakui beberapa sifat dan nama Tuhan tetapi dengan cara tidak sebenar, seperti mengakui beberapa nama Allah dan menafikan nama Ar-Rahman. Kata mereka:

 

"لا نعرف الرحمن إلا رحمن اليمامة"

 

Ertinya:” Kita tidak mengenal nama Ar-Rahman (Pemurah) melainkan Rahman di Yamamah sahaja”

 

 

 

 

Lalu Allah menurunkan firman-Nya:

 

"وهم يكفرون بالرحمن”

 

Ertinya:” Padahal mereka kafir kepada Tuhan yang Maha pemurah”

                     

        (Al-Ra`d: 30)

 

Dan mereka menghafaz syair:

 

فلا تكتمن الله ما في نفوسكم #

 

ليخفى ومهما يكتم الله يعلم#

 

Ertinya:” Maka janganlah kamu menyembunyikan dari Allah apa yang ada di dalam diri kamu supaya tersembunyi. Walaubagaimana ia tersembunyi, Allah pasti mengetahui”               

 

 

       Mereka mengakui beberapa nama dan sifat Allah tetapi mereka ingkarkan nama Ar-Rahman dengan maknanya yang sebenarnya, begitu juga tentang sifat-sifat Allah. Bahkan kadang-kadang mereka mengadaka-adakan sifat yang tidak layak bagi Allah SWT.