DI SEBALIK YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.

 

Tiap-tiap agama besar di dunia ini kini mempunay mempunyai bahasa pengantar dan tulisannya sendiri. Agama Yahudi mewakili bahasa Hebrew, agama nasrani mewakili bahasa dan tulisan Latin dan Roman, agama Hindu mewakili bahasa dan tulisan Sanskrit dan agama Islam mewakili bahasa dan tulisan Arab.

 

                 Bahasa Arab telah digunakan di muka bumi sejak Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam. Perkataanya lengkap, luas, halus dan indah, hampir berbentuk syair. Banyak syair yang indah telah dicipta oleh orang Arab yang bijak menyusunnya, sebelum turunnya wahyu dan Al Quran. Pada zaman ini lebih 100 juta orang menggunakan bahasa Arab di Tanah Arab. Ia telah diakui oleh PBB.

              

               Adakah anda menyedari bahawa di anggota kita terukir simbol dan tulisan arab? Mengapa tangan kita ada lima jari? Mengapa batang leher kita dijadikan tegak oleh Allah? Mengapakah ahli astronomi mendapati melalui teropong perkataan Muhammad di planet Marikh? Mengapakah dalam solat mengandungi amalan berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk antara dua sujud?

 

               Sesungguhnya Allah, Tuhan yang Maha Agong dan Maha Bijaksana. Dia telah menunjukkan keagongan-Nya melalui penciptaan lima jari manusia; yang melambangkan huruf-huruf : Alif, Lam, Lam dan Ha yang membentuk kalimah Allah dalam perkataan dan tulisan Arab.

             

              Ahli-ahli sains telah melihat melalui cahaya laser, dalam leher manusia terdapat kalimah La ilaha illallah dalam tulisan Arab.

 

             Nama Nabi kita Muhammad terpahat di planet Marikh dalam tulisan Arab untuk memberitahu seluruh alam tentang kemuliaan dan ketinggian maqam baginda di seluruh alam dan di sisi Allah.

 

             Berdiri lurus dalam solat melambangkan huruf Alif, rukuk melambangkan huruf Ha, sujud melambangkan huruf Mim, dan duduk rehat melambangkan huruf Dal. Ia akhirnya membentuk perkataan Ahmad dalam tulisan Arab, nama Nabi kita. Inilah tanda-tanda kekuasaan Allah pada diri umat manusia yang jarang disedari.