UNSUR- UNSUR PEMBENTUKAN AQIDAH


 

 

Unsur pembentukan aqidah menurut kaca mata Islam meliputi tiga unsur, di mana ketiga- tiga unsure ini saling kait- mengait di antara satu sama lain. Sekiranya ada yang telah terungkai maka di sana tidak akan wujud satu ikatan aqidah yang kukuh seperti yang dikehendaki di dalam ajran Islam.

 

1.Peranan Aqal ( pemikiran)

      

       Peranan akal dalam pembentukan aqidah ialah berfungsi untuk melihat, memikir, mengkaji, membanding, menimbang dan seterusnya mengisbatkan kewujudan Allah. Akal yang waras, jujur dan benar- benar bertanggungjawab akan dapat memahami kebenaran aqidah atau dapat membuktikannya.

 

       Contoh kebenaran aqidah yang dapat dibuktikan debgan akal dan ilmu seperti akal yang sahih akan menerima bahawa alam ini akan musnah pada suatu hari nanti kecuali yang kekal hanyalah Allah S.W.T :

 

Sebagaimana firmanNya:

 

"كل من عليها فان. ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام"

Ertinya: “ Setiap yang berada di atas muka bumi akan musnah dan kekal hanyalah wajah Tuhan kamu yang mempunyai kebenaran dan kemulian”

 

                    ( Ar-Rahman : 26-27)

 

       Oleh itu akal yang waras adalah penentu kepada wujudnya aqidah di dalam diri seseorang. Seseorang yang tidak dapat membezakan antara aqidah yang sahih dan aqidah yang palsu. Mereka juga tidak ditaklifkan dengan satu

 

 

 

 

 

tanggungjawab yang mesti dikerjakan kepada Allah.

 

2. Peranan Iradah (Daya memilih)

 

Unsur Iradah berkmakna kemahuan dengan penuh kerelaan hati untuk menerima dan tunduk patuh kepada hakikat keimanan yang telah diakui oleh aqal akan kebenarannya.

 

       Sekirannya iman itu sudah cukup mengetahui dengan aqal sahaja, sudah tentu orang kafir Quraish dianggap sebagai beriman kerana mereka sudah mengenali Nabi Muhammad S.A.W dan mengetahui akan kebenarannya, tetapi oleh kerana keingkaran yang ada pada diri mereka menyebabkan mereka tidak beriman kepada Allah.

 

       Oleh itu di dalam Islam aqidah bukan lahir dari paksaan dan kepuraan semata, tetapi ia  lahir dari kesedaran individu. Allah S.W.T menegaskan bahawa iman itu berasa daripada kemahuan dan kerelaan hati seseorang.

 

Firman Allah Taala:

 

"وجحدوا بها واستيقنتها أنفسهم ظلما وعلوا...."

 

Ertinya: “ Dan mereka mengingkari (ayat- ayat Allah) sedangkan mereka meyakini kebenarannya semata- mata kerana sikap zalim dan anggkuh.”

 

                      ( An- Naml : 14)

 

3. Peranan Wujdan ( Perasaan)

 

       Untuk membentuk aiqdag yang kukuh seperti yang disarankan dalam al-Quran maka sangatlah perlu kepada unsure wujdan atau unsure perasaan. Kebenaran keimanan yang telah dibuktikan oleh aqal dan ilmu perlu diserapkan di dalam hati supaya ia menjadi sebati dalam darah daging manusia. Apabila manusia telah sampai kepada tahap ini, mereka akan merasakan semua makhluk tidak tidak bernilai kecuali Allah S.W.T semata- mata. Keadaan inilah yang ditunjuk oleh generasi awal Islam sehinggkan mereka dinakan Generasi Al-Quran Yang Unit.

 

       Cara untuk membentuk aqidah yahng berunsur wujdan perlulah melalui tiga proses amalan:

 

       Pertama: Penyiraman jiwa dengan ayat- ayat suci Allah, iaitu mengkaji apa yang telah tersurat dan tersirat.

 

       Kedua: Pembersihan hati dari sifat- sifat yang terkeji.

 

       Ketiga: Pemupukan dengan amalan soleh.