AQIDAH
ISLAMIYYAH
Aqidah adalah teras di dalam kehidupan umat
Islam. Tanpa Aqidah umat Islam akan jadi lemah. Justeru itu kita dapati bahawa
umat Islam hari ini sangat lemah, kalau dibandingkan
dengan umat Islam yg terdahulu. Umat Islam hari ini amat mudah terpengaruh
dengan fikrah-fikrah yang dibawa oleh musuh-musuh Islam.
Bukan setakat itu, mereka jug a telah menganggap
bahawa pengertian Aqidah ini cukup dengan adanya pengetahuan mengenai rukun
Iman, cukup dengan percaya bahawa Allah yang menjadikan manusia, dan Rasullullahh
SAW adalah pesuruhNya, tanpa menghayati tuntutan dari keimanan itu.
Selain itu, mereka juga tidak memahami bahawa Iman dan Amal merupakan
dua perkara Yang amat penting, dua perkara yang beriringan dan tidak berpisah walaupun
berbeza dari segi takrif. Kerana 'arnal itu adalah hasil daripada Iman, dan
Iman pula tidak sempurna tanpa 'amal. Ini telah dijelaskan
oleh Allah,
FirmanNya:
"إنما المؤمنون الذين إذا ذكر الله وجلت
قلوبهم وإذا تليت عليهم ءاياته
زادتهم إيمانا وعلى ربهم يتوكلون. الذين يقيمون الصلاة ومما رزقناهم ينفقون "
Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama.
Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambalah
iman mereka (kerananya), dan hanya
kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Yaitu) orang- orang yang mendirikan solat
dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka”
( Al- Anfaal: 2-3)
PENGERTIAN AQIDAH
Perkataan Aqidah berasal dari kalimah
`aqada (عـقـد)yang bermaksud ikatan atau
janji yang kukuh. Dari segi istilah syara` ialah kepercayaan yang tersimpul
kukuh dan teguh dalam jiwa sehinnga tidak mungkin akan terurai oleh apa
jua suasana dan keadaan. Aqidah
ialah perjanjian keimanan yang kuat antara manusia dengan pencjptanya iaitu Allah swt. Sesungguhnya
perhubungan yang mengikat manusia di dalam Islam adalah satu perhubungan yang
unjk dan tersendiri. Ia Iahir dari ciri-ciri dan tabiat Islam yang bersifat Istimrariyyah
(berterusan ) dan mempunyai matlamat
yang bercirikan rabbani. Hubungan yang dimaksudkan bukanlah hubungan darah
keturunan, tanahair,jenis, puak, taraf kcdudukan atau keluarga
semata-mata kerana hubungan tersebut mungkin bersatu dalam waktu tertentu sahaja
dan mungkin berpisah seperti yang diperlihatkan pada kisah Nabi Nuh a.s. ketika
baginda berkata: "Wahai tuhanku, sesungguhnya anakku itu daripada
keluargaku.Allah berfirman: “wahai Nuh, dia bukanlah daripada keluargamu”
Allah telah menafikan ikatan antara Nabi
Nuh dengan anaknya lantaran kekufuran anaknya kepada Allah. Jelas di sini bahawa
"sendi " keimanan telah memutuskan ikatan antara Nabi Nuh dengan anaknya meskipun anaknya
dari tulang sulbi baginda sendiri.