KONSEP DAN PENGERTIAN SYAHADAH

 

        


Ia adalah satu pengakuan dan penjelasan ikrar daripada seorang hamba untuk bertuhankan Allah dan bernaqibkan Nabi Muhammad SAW. Ia adalah garis pemisah antara yang batil dan yang hak. Syed Qutb menjelaskan: Sesunguhnya cirr pertama yang membezakan tabiat (masyarakat Islam) ialah masyarakat yang tegak di atas dasar mengabdikan diri hanya kepada Allah di dalam semua perkara dan semua urusan perhambaan ini dilambang dan dibentuk oleh syahadah, (sesungguhnya tidak ada tuhan yang disembah kecuali Alllah dan sesungguhnya Muhammad SAW itu pesuruh Allah).

 

         Ia merupakan rukun yang pertama dari dasar Islam, bahkan rukun yang lain tidak akan tegak sekiranya syahatain ini tidak berdiri dengan sempurna. Seluruh anggota tubuh manusia yang hidup tidak akan berfungsi sekiranya nyawanya tidak ada. Begitu juga kalimah syahadah merupakan roh setiap aspek ajaran Islam. Setiap amal atau ibadah seorang Muslim yang bukan kerana Allah ibarat menanam benih yang mati. Oleh sebab itu setiap amal kebajikan orang-orang  fakir dianggap tidak ada harga di sisi  Allah.

   

         Firman Allah SWT :

 

 

 

Ertinya :

“Dan kami tujukan perbicaraan kepada apa yang mereka itu kerjakan daru jenis amal (yang mereka pandang baik ), lalu kami jadikan dia terbang sebagai debu yang berterbangan.”

 

                                                                                 (al-furqan)

 

         Dr.Abdul Karim Zaidan menjelaskan bahawa al-syahadah bererti pengakuan, pemberitahuan dan keterangan (pernyataan). Sebab itulah orang yang menyaksikan sesuatu peristiwa itu dinamakan saksi, kerana dia memberitahu engan apa yang diketahuinya, baik dengan secara perkataan mahupun dalam bentuk perbuatan.

        

         Ustaz Sulaiman Yasin menyatakan syahadah ialah lafaz yang khusus diucapkan oleh seseorang untuk mengkhabarkan apa yang berlaku dalam diri seorang tentang ilmu atau keyakinan akan mewujudkan zat Allah , ketunggalan dan keesaan Allah, juga tentang kebenaran rasul dan kebenaran apa yang disampaikan.

 

         Kalimah syahadah juga mengandungi pengertian persetujuan, pengakuan dan keyakinan. Kerana itu setiap orang yang mengakui tentu meyakinkan kebenaran apa yang mereka akui di dalam hatinya. Sekiranya akuan di lidahnya bertentangan dengan apa yang diakui oleh hatinya maka pengakuan yang demikian dinamakan sebagai pengakuan yang dusta kepada Allah.

 

         Allah SWT berfirman:

 

 

Ertinya:

“Apabila orang-orang Munafik datang kepada mu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau, sebenarnya Rasulullah.” Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa enkau sebenar-benarnya Rasulullah.” Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau sebenarnya ialah Rasulnya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.”

 

         Dengan ini pengertian syahadah ialah pengakuan, pemberitahuan, pengiktirafan, menerangkan, dan menjelaskan mengenai keyakinan kepada Allah yang wajib disembah dan mengakui bahawa Muhammad ialah pesuruh Allah.