TAUHID ULUHIYYAH

 

 


 

Beriman kepada Uluhiyah Allah berertI beri`tikad bahawa hanya  Allah berhak disembah, dicintai, dipatuhi, dan ditumpui untuk memohon. Ini bererti meletakkan seluruh percakapan perbuatan dan tingkahlaku di atas petunjuk dan perintah Allah semata-mata. Tauhid Uluhiyah juga menuntut seseorang meyakini kernutlakan kekuasaan Allah atas segala sesuatu di dalam alam ini. Keyakinan ini menetapkan bahawa Allah

berhak untuk membuat hukum dan peraturan bagi seluruh makhluk yang diciptakannya.

 

Beriman kepada tauhid Uluhiyah  ini juga bermaksud tidak menyekutukanNya, tidak dijadikan ibadat itu kepada yang lain daripadaNya dan seterusnya menerima segala hukumNya dengan yakin dan redha. Itulah Tauhid yang terkandung di dalam firman Allah Taala:

 

"إياك نعبد وإياك نستعين"

 

Ertinya: “ Hanyalah Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan”

 

                           (Al-Fatihah: 5)

 

Firman Allah Taala:

 

"فاعبده وتوكل عليه وما ربك بغافل عما تعلمون"

 

Ertinya: “ Maka sembahlah Dia, dan bertawakkalah kepada-Nya dan sekali-kali Tuhanmu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan”

 

                                      ( Hud: 123)

 

 

 

Firman Allah Taala:

 

 

 

"فإن تولوا فقل حسبي الله لا إله إلا هو عليه توكلت وهو رب العرش العظيم"

 

Ertinya: “ Maka jika mereka berpaling ( dari keimanan) katakanlah: Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan melainkan Dia, hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiki Arasy yang agung”

 

                            ( At- Taubah: 139)

 

Firman Allah Taala:

 

"رب السماوات والأرض وما بينهما فاعبده واصطبر العبادته هل تعلم سميا"

 

Ertinya: “ Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara keduanya, maka sembalah Dia dan bersabarlah dalam beribadat kepada-Nya, adakah kamu mengetahui ada seorang yang sama dengan Dia ( yang patut disembah)? “

 

                           (Maryam: 65)

 

 

Firman Allah Taala:

 

"عليه توكلت وإليه أنيب"

 

Ertinya:“Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan hanya vkepada- Nya aku kembali”

 

                                        ( Hud: 88)

 

 

 

         Tauhid inilah yang menjadi awal ad-deen dan akhirnya, batin dan zahirnya, menjadi pertama dalam dakwah para rasul alaihisalam dan penyudahnya. Itulah di juga makna kalimah لا إله إلا الله   kerana yang dikatakan Ilaah itu Ialah Yang Disembah, Yang Dikasihi ,Yang Ditakuti, Yang Dimulia, dan Diyakini Maha Besar, kepada-Nya, terhadap-Nya dan kerana-Nya dan menurut hokum- hokum-Nya sahaja beribadat. Di atas dasr tauhid inilah diutus para rasul akaihimussalatu wassalam dan diturunkan kitab- kitab. Di atas dasar inilah juga berpecahnya manusia kepada Mukminin dan kafirin, seterusnya ke syurga dan ke neraka.

 

Firman Allah:

 

"يأيها الناس اعبدوا ربكم الذي خلقكم والذين من قبلكم لعلكم تتقون"

Ertinya: “ Wahai manusia, sembahlah Tuhan yang mencipta kamu dan orang-orang yang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa”

 

                               ( Al- Baqarah: 21)

 

Firman Allah Taala:

 

"ولقد أرسلنا نوحا إلى قومه فقال يا قوم اعبدوا الله ما لكم من إله غيره أفلا تتقون"

Ertinya: “ Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata: Hai kaumku, sembahlah oleh kamu akan Allah, kerana sekali-kali tidak ada Tuhan bagimu selain Dia, mengapakah kamu tidak bertaqwa kepada-Nya”

                           ( Al- Mukminun: 23)

 

Firman Allah Taala:

 

"وسئل من أرسلنا من قبلك من رسلنا اجعلنا من دون الرحمن ءالهة يعبدون"

Ertinya: "Dan tanyalah kepada rasul-raKami yang telah Kami utuskan sebelum kamu, adakah Kami menentukan tuhan-tuhan untuk disembah selain Allah Yang Maha Pemurah?"

 

      (Az-Zukhruf: 45)

Firman Allah Taala:

"وما خلقت الجن والإنس إلا ليعبون"

Ertinya:"Dan Aku tidak menciptakanjin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah Aku."

 

   (Adz-Dzariyat: 56)

 

 

Berkata Abu Sufian ketika ditanya oleh Maharaja Rom tentang Rasulullah SAW: Apakah yang dia cakapkan kepada kamu? Abu Suffian menjawab: Dia berkata sembahlah kamu akan Allah, dan janganlah kamu menyengutui-Nya dengan sesuatu yang lain dan tinggallah apa yang diucapkan oleh nenek moyang kamu."

 

Ketahuilah, bahawa tauhid Uluhiyyah itu menjadi awal-awal yang wajib di atas tiap-tiap mukallaf bahkan sehingga akhir hayatnya. Dan perkara pertama kepada sesiapa yang mahu memeluk agama Islam dan kalimah akhir ketika dia meninggal dunia. Itulah sahaja tauhid yang disampaikan oleh para rasul alaihimussalatu wassalam seperti yang diwahyukan kepada mereka. Maka janganlah dipakai huraian yang tidak ada kena-mengena dengan apa yang diberitahu oleh Rasulullah SAW, para sahabatnya dan mereka yang menurut jejak langkah dengan seikhlas-ikhlasnya hingga kiamat yang tidak melampau batas atau mengurangkannya. Sesungguhnya tidak ada yang lebih sempuma daripada tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita mengikutinya mengajar para sahabatnya membaca pada tiap-tiap pagi.

"أصبحنا على فطرة الإسلام، وكلمة الإخلاص ودين محمد نبينا محمد صلى الله عليه وسلم وملة أبينا إبراهيم حنيفا مسلما وما كان من المشركين" ( حديث صحيح رواه احمد والدرمي)

 

Ertinya:"Kami berpagi di atasfitrah Islam, kalimah ikhlas, deen nabi kami Muhammad SAW dan millah bapa kami Ibrahim dengan pegangan yang betui dan menyerah din dan dia tidak sekali-kali di kalangan orang-orang musyirikin."

 

Millah (agama) Ibrahim itu ialah tauhid, deen (agama) Muham­mad itu ialah apa yang dibawa dari Allah dengan ikrar amal dan iktiqad, kalimah ikhlas ialah syahadah Lailaha Illallah, dan fitrah Islam itu ialah apa yang menjadi sifat di dalam diri seseorang itu yang terdiri daripada kasihkan Allah, beribadat hanya kepada-Nya dengan tidak ada sekutu bagi-Nya. Dan menyerah diri dengan sifat patuh dan ubudiyyah.