PENILAIAN TERHADAP

KESAN DAN KEJAYAAN USRAH

 

 


Bagi memastikan tujuan data matamat USRAH tercapai,para Nuqaba hendalah senantiasa membuat pernilaian dan pengawasan ke atas anggota-anggota usrah yang berada di bawah pengendaliannya.

 

Sebagai panduan , para Naqib bolehlah memerhati anasir-anasir berikut berlaku ke atas anggota-anggota USRAH ber-kenaan:

 

1. Di antara tanda-tanda kejayaan awal bagi sebuah USRAH, ialah kedatangan ahli-ahli ke rnajlis secara konsisten atau berterusan . Kedatangan yang konsisten menandakan ahli-ahli telah memberi perhatian atau berminat dengan majlis tersebut. Mereka mungkin merasakan majlis tersebut telah memberikan sesuatu kepada mereka sama ada ilmu, ke-mesraan ataupun ketenangan.

 

2.Seterusnya dapat dilihat, anggota-anggota usrah senantiasa menghadiri program-program jama'ah, sama ada pengajian,ceramah atau lain-lain majlis ilmu, sebagai tanda kecintaan

mereka kepada ilmu pengetahuan dan ingin mencari panduan-panduan untuk beramal, atau lain-lain pertemuan yang dapat meningkatkan ikatan persaudaraan, ukhuwah

sesama ahli atau hubungan dengan pimpinan.

 

3. Seterusnya dapat dilihat ahli-ahli secara beransur-ansur atau meninggalkan terus kebiasaan, amalan-amalan atau unsur- unsur yang tidak memberi manfa'at kepada diri, keluarga, masyarakat dan jama'ah. Dalam hal ini, naqib beftanggung-jawab mengingatkan secara bijaksana supaya hal-hal seumpama itu, senantiasa diberi perhatian oleh ahli-ahli misalnya dalam hal hiburan yang berlebih-lebihan agar ahli- ahli senantiasa mengingatinya.

 

4.Seterusnya dapat lihat ahli-ahli meningkat kepada kesanggupan memikul beban amanah dan melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang diarahkan oleh pimpinan jama'ah dan senantiasa mengutamakan kerja-kerja dan kependngan jama'ah.

5. Seterusnya dapat dilihat juga semangat sanggup berkorban untuk kepentingan Jama'ah dan sahabat-sahabat dalam bentuk harta-benda, wang ringgit, akal fikiran, ruang-waktu dan sebahagian dari masa-hidup di atur dan diperuntukkan khas untuk Jama'ah dan Islam.

 

6. Termasuk di antara tanda-tanda kejayaan usrah juga, ialah apabila ahli-ahli sampai ke tahap bersedia dan senantiasa mempertahankan nama baik dan maruah Jama'ah dengan hujah-hujah dan fikrah Islamiyyah. Lebih jauh dari itu ialah, kemampuan ahli-ahli menyebarkan pengaruh Jama'ah dan fikrahnya ke segenap lapisan masyarakat, sehingga orang lain ikut serta bersama-sama saff Jama'ah Islam.

 

Seandainya hal-hal tersebut berlalu dan dicapai ia adalah kerjayaan bagi sebuah USRAH dan HARAKAH. Namun di sanamungkin ada kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki sekiranya hal-hal tersebut belum lagi dicapai. Para Naqib seharusnya membuat pernilaian, memperbaiki sudut-sudut kelemahan dan bersabar menghadapi segala kesulitan, moga-moga Allah Azza Wajalla memberi pertolongan Insya' Allah.

 

 

PENUTUP

 

Demikian kami bentangkan beberapa garis panduan di sekitar tajuk USRAH dengan harapan ianya dapat dimanfaatkan sebagai pedoman dalam perlaksanaan USRAH diperbagai peringkat.

 

Mungkin setelah menatap risalah ini, seseorang mendapat gambaran bahawa pemaparan ini adalah sesuatu yang agak ideal. Namun demikian kami mengharapkan ia tetap menjadi panduan bagi kita mencapai sebahagian dari yang kita kehendaki, kalau pun kita tidak dapat mencapai keseluruhan perkara-perkara yang kita inginkan. Kita menyedari bahawa tidak ada yang tidak retak. Manusia itu senantiasa punya kelemahan. Yang terbaik ialah orang yang terus-menerus berusaha memperbaiki kelemahannya.

 

Semoga Allah menolong kita dalam usaha kita menghayati dan menegakkan agamanya. Walhamdulillah Rabbil 'Alamin.