KAEDAH PERLAKSANAAN USRAH

 

 


Kaedah atau cara-cara pengendalian usrah merupakan satu dari anasir utama yang menyumbang kepada kejayaan usrah.Perlu ditegaskan bahawa majlis usrah bukanlah satu majlis ilmu mengikut pengertian yang biasa difahami. la merupakan gabungan majlis ilmu, kerohanian, pemupukan bakat dan interaksi sesama anggota itu sendiri. Oleh yang demikian kaedah dari majlis ilmu yang biasa.

 

Pertama: Bukan Majlis Sehala.

 

Selain dari menyampaikan beberapa pengajaran, sama ada ilmu atau maklumat, mestilah dipastikan supaya majlis usrah tidak menjadi majlis sehala, yang berjalan tanpa reaksi dan interaksidi antara naqib dengan anggota-anggota usrah. Jika keadaan seumpama ini berlaku, usrah mungkin membosankan, ridak mendapat tumpuan dan sukar untuk mengharapkan penglibatanahli-ahli dalam perbincangan.

 

Kedua: Kandungan Usrah Menepati

              Marhalah Anggota

 

Dari sudut pengisian dan pembinaan fikrah pula, mestilah dipastikan supaya kandungan yang disampaikan oleh naqib menepati keperluan pengisian anggota di tahap yang berkenaan. Kandungan dan bentuk pengisian yang menepati maksud ini,dapat dikenal pasti setelah diadakan ta'ruf terlebih dahulu dikalangan anggota sebelum majlis usrah yang sebenar berjalan sepenuhnya.

 

Dalam memenuhi selera dan adunan latarbelakang yangberbeza kebijaksanaan naqib sangatlah diperlukan supaya bahan-bahan dan cara penyampaian bersesuaian dan mudah diterima oleh anggota-anggota usrahnya.

 

Ketiga: Membina Suasana

              Ukhuwah

 

Perlu dipastikan supaya naqib menyampaikan ilmu dan bimbingan dalam keadaan anggota-anggota dapat merasai suasana ukhuwwah (persaudaraan) yang mengikat hati-hati mereka. Menyemai kesedaran beragama, memahamkan pengertian menanggung amanah dan menanamkan rasa tanggungjawab menjaga agama adalah lebih utama. la memerlukan suasana yangdapat menimbulkan minat dan keghairahan.

 

Suasana yang tidak selesa mungkin menyebabkan ahli-ahli tertekan dan kurang berminat.

 

Keempat: Majlis Tidak Dikuasai  

                   Oleh Seorang Sahaja.

 

Adalah menjadi tanggungjawab naqib sebagai ketua yang memirnpin usrah, agar senantiasa mengawal majlis dan tidak membiarkan orang tertentu sahaja yangbercakap dan menguasai majlis usrah tersebut. Keadaan ini perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan anggota usrah yang lain.

 

Kelima: Tidak Meminggirkan

               Anggota Tertentu.

 

Para naqib hendaklah berhati-hati supaya ia (secara sedara tau sebaliknya) tidak meminggirkan individu tertentu dari usrahnya walaupun pembawaan atau karenah tertentu yang disenangi. Masalah-masalah peribadi atau pembawaan yang tidak disenanginya perlu dibetulkan secara beransur-ansur dan penuh hikmah.

 

Keenam: Jangka Masa Usrah Tidak

                     Terlalu Panjang.

 

Keberkesanan usrah juga bergantung kepada minat dan tumpuan. Oleh itu jangka waktu usrah mesti dijaga oleh naqib supaya tidak terlalu panjang sehingga menimbulkan suasana yang menjemukan. Bagi memastikan masa usrah tidak begitu panjang,para naqib mestilah membuat peruntukkan masa yang munasabah, misalnya untuk tafsir Al-Qur'an atau Hadith setengah jam, perbincangan dan soal-jawab setengah jam, isu-isu semasa dan urusan organisasi setengah jam.

 

Perbincangan hendaklah dikawal, supaya tidak meleret-leret dan memakan masa yang panjang. Ruang perbincangan sewajanya terbuka kepada semua anggota usrah.

 

Ketujuh: Tidak Membiarkan Majlis

                Usrah Menjadi Majlis

    Bergurau Senda.

 

Termasuk dalam hal-hal yang perlu diberi perhatian olehnaqib, ialah ddak membiarkan majlis usrahnya menjadi majlis bergurau senda yang berlebih-lebihan, berjenaka atau gelak ketawa yang menghilangkan wibawa majlis ilmu dan kerohanian.

 

Kebiasaan-kebiasaan yang kurang baik hendaklah dielak demi menjaga kehormatan dan keberkatan majlis kita.

 

Kelapan: Menyalurkan Arahan-

    Arahan Jama`ah.

 

Para Naqib juga mestilah peka dengan tanggungjawabnya menyalurkan arahan-arahan jama'ah dari masa ke semasa. Arahan-arahan ini berperanan sebagai satu orentasi ke arah pembinaan petugas-petugas yang punya daya kepekaan kepada perkembangan organisasi dan persekitaran.

 

Kesembilan.

 

Para Naqib juga hendaklah memperuntukkan sedikit ruang waktu di dalam usrah untuk bermuhasabah di kalangan ahli-ahli sama ada dalam persoalan 'ibadah, fikrah, peribadi, keluarga mahu pun jama'ah.

 

Dalam soal nasihat dan teguran, ia hendaklah melakukannya dengan cara penuh hikmah. Jika sekiranya ada sesuatu perkara yang melibatkan maruah individu, ia hendaklah dilakukan di luar majlis usrah dan mencari "waktu" yang bersesuaian.