MASALAH DAN KELEMAHAN USRAH

YANG BERPUNCA DARI NAQIB

 

 


Para peneraju tarbiyyah hendaklah memberI perhatian berat kepada setiap permasalahan tarbiyyah terutama yang berpunca dari para naqib sebagai nadi tarbiyyah. Dalam banyak hal unit-unit usrah tidak dapat berjalan lancar dan kurang berkesan kerana masalah-masalah berikut:

 

1. Para naqib tidak mendapat bimbingan dan pengalaman yang mencukupi dari Murabbi dalam cara pengendalian usrah.Oleh itu mereka sendiri mungkin menghadapi masalah-masalah berikut:

 

a. Tidak memahami atau kurang memahami tujuan dan matlamat usrah dalam rangka tarbiyyah.

 

b. Tidak memahami kandungan dan skima tarbiyyah sesuai dengan marhalah mad'u dan sasaran.

 

c. Kaedah-kaedah penyampaian dan pengendalian usrah yang digunakan mungkin tidak sesuai.

 

d. Naqib tidak memberi tumpuan dan tidak bermu'ayasyah dengan ahli-ahli usrah.

 

2.Tidak Mengenal Mad`u.

 

Sebahagian usrah mungkin berjalan dalam keadaan naqib tidak mengenal latar-belakang mad'u, seperti; taraf pendidikan, ilrnu pengetahuan, keluarga, pekerjaan,pengalaman dan seumpamanya. Keadaan ini mungkin berpunca dari dada program ta'ruf atau terlalu kurang. Keadaan seumpama ini boleh menyebabkan usrah berjalan dengan naqib atau ketua usrah kurang peka terhadap ahli-ahli usrah yang berada di bawah bimbingannya.

 

3.Para Naqib Tidak Ada Fikrah

   Dakwah Dan Harakah.

 

Sebahagian para naqib mungkin tidak berjaya mendidik dan membina anggota-anggota usrahnya kerana ia sendiri tidak memiliki Fikrah Da'wah dan Harakah. Medan 'amal da'wah

dan 'amal Islami memerlukan seseorang itu memiliki fikrah'Amal Jama'i, akhlaq berjama'ah, berdisiplin, taat dan istiqamah dengan jama'ah.

 

Kelemahan dan kealpaan seseorang naqib dari sudut fikrah dan penghayatan dalam perkara-perkara di atas memberi kesan yang besar kepada peribadi dan pembawaannya di dalam medan tarbiyyah khususnya sebagainya pembimbing usrah.

 

4.Tidak Membuat Persediaan dan  

    Dan Kajian Terhadap Bahan-.

    Bahan Usrah.

 

Sebahagian naqib menghadiri majlis usrah dalam keadaan tidak membuat persediaan atau kajian terhadap bahan-bahan yang akan disampaikan dan dibincangkan di dalam usrah. Kebiasaan ini menyebabkan ia tidak berjaya menyampaikan bahan-bahan tersebut secara teratur dan berkesan. Atau ia mungkin menyampaikan sesuatu yang sama sekali berlainan dari maksud dan tujuan bahan-bahan atau tajuk-tajuk yang diperkatakan.

 

Dengan demikian, usrah tersebut akan gagal atau memberi manfaat yang sangat sedikit. Hal ini jika dibiarkanberterusan tentulah sangat merugikan.

 

5. Tidak Segera Menyelesaikan

     Masalah.

 

Di antara tanggungjawab para naqib ialah senantiasa peka kepada berbagai masalah yang timbul di kalangan anggota usrah dan bertindak segera menyelesaikannya. Jika timbul sesuatu masalah jangan sekali-kali ia menangguh-nangguh-kan waktu, sehingga masalah kian kusut dan bertukar menjadi parah.

 

Pengabaian oleh sebahagian naqib dalam hal ini boleh menyebabkan anggota-anggota gugur dari usrah atau jama'ah atau merenggangkan ukhuwah, tidak berpuas hati,

keliru, kecewa, marah atau mungkin tawar hati dan hilang keyakinan kepada harakah atau jama'ah.

 

Oleh itu para naqib mestilah berusaha memahami segala permasalahan yang timbul dan cuba menyelesaikannya secara bijaksana. Mungkin dalam keadaan tertentu ia memerlukan bantuan dari sahabat-sahabat yang lebih berpengalaman,dihormati atau mempunyai keistimewaan tertentu.

 

6. Tidak Memahami Politik dan Isu-

    Isu Semasa .

 

Sebahagian naqib tidak memahami politik atau kurang memahami politik atau tidak mengikut perkembangan isu-isu semasa. Dengan demikian ia gagal memberikan penjelasan atau maklumat yang benar dan memuaskan bila keadaan memerlukan. Keadaan ini tidak membantu jama'ah melahirkan anggota-anggota yang peka atau sensitive terhadap peristiwa-peristiwa politik dan isu-isu semasa yang melibatkan kepentingan umat Islam dan negara secara langsung atau tidak langsung.

 

Sebagai jama'ah yang ingin mengislahkan masyarakat dan pemerintahan, setiap anggota apa lagi pimpinan jama'ah, mestilah memiliki daya sensitiviti dan kepekaan yang tinggi terhadap perkembangan dan 'amalan-'amalan sosial,ekonomi, polidk, pendidikan dan apa sahaja yang melibatkan kepentingan umat. Hal ini penting dalam membuat sebarang kesimpulan, sikap dan tindakan.

 

 

 

7.Naqib Tidak Mematuhi Arahan

   Jama`ah.

 

Keberkesanan usrah dan tarbiyyah juga bergantung kepada arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pucuk pimpinan Jama'ah. Sebahagian dari naqib kurang memberi perhatian terhadap  arahan-arahan pimpinan atau mengabaikannya. Akibatnya anggota-anggota usrah (jama'ah) tidak mendapat maklumat atau arahan-arahan yang patut dilaksanakan . Dengan demikian usrah gagal membiasakan ahli-ahli menerima arahan-arahan untuk tindakan. Ini menyebabkan perancangan dan program jama'ah tidak mendapat sokongan yang padu dan berkesan.

        

Sayugia dalam hal-hal yang disebutkan tadi, para peneraju tarbiyyah memberi perhatian yang serius dan bersungguh-sungguh dengan cara memperbanyakkan program pembinaan naqib, didedahkan dengan keluasan Fikrah Tarbiyyah, kefahaman teknik dan pendekatan, peranan dan tanggungjawab serta berbagai sudut penting harakah yang melibatkan tarbiyyah. Dalam program-program yang khusus para naqib haruslah senantiasa disedarkan tentang tanggungjawab mereka terhadap tarbiyyah dan jama'ah . Program-program ini mestilah dijalankan secara berencana, merangkumi pelbagai aspek dan dijalankan secara sistematik dan berterusan.