Abad ke 21 merupakan abad yang boleh dikatakan zaman revolusi kehidupan manusia. Kehidupan menjadi semakin mudah. Manusia tidak perlu lagi keluar rumah untuk membuat urusan mereka. Apa yang mereka perlukan adalah sebuah komputer dan talian telefon yang membolehkan mereka berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia!

           

Walaupun segala teknologi ini datangnya dari barat atau dengan kata lain ianya datang dari golongan bukan Islam, kita tidak boleh berhujah dengan mengatakan kita umat Islam tidak perlu untuk menguasai sesuatu yang datang dari bukan Islam terutama teknologi mereka yang mana ada di antara kita mengatakan ia hanyalah alat untuk menghancurkan Islam. Ya, memang betul tetapi hujah sebegitu tidak mencerminkan Islam sebagai agama yang universal.

 

Jika kita kembali kepada sejarah zaman sahabat, Saidina Ali yang diiktiraf Rasulullah sebagai babulilmi atau pintu ilmu pernah belajar dengan