Muharram
|
Seorang yang pendiam, sihat pemikiranya. Mungkin akan menjadi
bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu ,jika dididik
dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas
ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam
selamat.
|
Safar
|
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya
perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupanya
menjadi susah. Walaubegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan
dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.
|
RabiulAwal
|
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar,
menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang
menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras,
dan mudah marah.
|
RabiulAkhir
|
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya
lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan
menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam
mendidiknya.
|
JamadilAwal
|
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan
nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu,
keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui
kegagalan juga .
|
JamadilAkhir.
|
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian
ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila
dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil
ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat–sifat
yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan
kedua orang tuannya.
|
Rejab
|
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik
dengan baik agar dapat menerapkan nilai –nilai yang baik. Ketika
dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak
berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan
sentosa .
|
Syaaban
|
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus.
Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik,
berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya
dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .
|
Ramdahan.
|
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada
teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehiduapannya selalu
selamat.
|
Syawal
|
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang
lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah
mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak,
kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu
bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki .
|
Zulkaedah
|
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah
menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil
yang baik dalam kehidupanya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia
kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak
berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
|
Zulhijah
|
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik
pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatanya sendiri. Dia sukar mengawal
perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana
dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik
buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati –hati
dan kurang pertimbangan.
|