Make your own free website on Tripod.com

KETAHUI PERUBAHAN KE ARAH REMAJA

Apa itu remaja?

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.

Perubahan ke Arah Kedewasaan

Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan. Kadar pembesaran dan perubahan zaman remaja adalah berbeza di antara remaja lelaki dan perempuan. Malah kadar pembesaran adalah berbeza di antara seorang individu dengan individu yang lain.

Remaja Perempuan: Perubahan Semasa Akhil Baligh


Organ Reproduktif Remaja Perempuan

Tahukah anda, sejak dilahirkan seorang bayi perempuan mempunyai 400,000 ova (sel telur). Bagaimanapun hanya kira-kira 350 hingga 400 ova sahaja akan matang dan boleh disenyawakan sepanjang hayat seorang wanita.
 

Kitaran Haid : Haid menunjukkan organ reproduktif seorang gadis telah mula berfungsi
 

  1. Hari pertama kedatangan haid. Selalunya pusingan haid berlaku antara 28 hingga 35 hari. Seorang gadis akan mengalami haid selama 3 hingga 6 hari. Tempoh haid adalah berbeza di antara seorang gadis dengan gadis yang lain.
  2. Pada masa yang sama, ova menjadi matang di dalam ovari.
  3. Akibat rangsangan hormon, lapisan tebal darah yang baru mula terbentuk di dalam uterus.
  4. Ketika pertengahan kitaran haid, ova dibebaskan dari ovari. Ova akan bergerak menuju ke uterus melalui saluran fallopian. Sekiranya ova tidak disenyawakan oleh sperma, ova akan hancur dan dikeluarkan dari tubuh. Lapisan tebal darah di dalam uterus akan dikeluarkan sebagai haid.

Kebiasaannya seorang gadis akan mengalami haid setiap bulan sehingga dia mengalami putus haid (menopos), kecuali semasa mengandung. Bagaimanapun haid mungkin lewat atau tidak teratur dalam keadaan:
1. Gangguan emosi
2. Tekanan dalam hidup