Jadilah orang yang disenangi!
Sesiapa
sahaja tentu suka jika dirinya disukai dan disenangi rakan-rakan, keluarga dan
masyarakat sekeliling. Mungkin beberapa panduan di bawah dapat memberikan anda
tips untuk menjadikan diri anda disenangi dan disukai. Cuba amalkan!
- buangkan ego diri yang menjadi
pemisah bermesra dengan orang lain. Rasakan diri kita dengan ornag lain
adalah sama sahaja. Cara ini memudahkan kita berkomunikasi dengan baik.
- usahakan supaya orang lain
berasa dirinya penting. Keinginan menjadi orang yang penting meruapakan sifat
semulajadi manusia dan rangsangan yang paling berkesan pada sifat
manusia. Antaranya, setiap orang ingin supaya kata-katanya
dipertimbangkan dan dihargai; setiap orang mahu dirinya dianggap penting
dalam sesuatu lingkungan, walaupun kecil dan setiap orang ingin mendengar
penghargaan yang tulus ikhlas.
- jika berbuat kesalahan dengan
orang lain, jadikan sikap meminta maaf sebagai amaalan, sekalipun orang
yang disalahi itu anak kita sendiri; “Maaf, ibu terpijak kaki Along” atau
sebagainya. Secara tidak langsung amalan ini akan mendidik diri bersopan
santun dan disenangi. Oleh itu lazimkan mengucap “maaf’, “tolong”,
“terima kasih” dan sebagainya.
- anggaplah setiap orang yang
kita temui memiliki suatu keistimewaan yang tidak ada pada diri kita
walaupun dia hanya seorang tukang sapu. Mungkin hati mereka lebih
murni daripada kita yang mungkin buruk perangai. Dengan cara ini, keegoan
akan dapat dikikis tidak kira semasa bersendirian mahupun di khalayak
ramai.
- jadilah seorang pendengar yang
baik. Untuk memahami seseorang, kita perlu mendengar perbicaraan mereka.
Sekalipun kita tidak dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi,
mendengar sudah cukup untuk mengurangkan tekanan mereka.
jika
dalam percakapan atau tindakan seseorang itu terdapat sesuatu yang tidak
kena, elakkan mengkritik ketika itu juga. Lihat pula suasana dan moodnya.
Kadang kala persahabatan yang ingin terus dikekalkan memerlukan kesabaran
kita. Kita tidak boleh terus mengkritik sekalipun pandangan kita adalah
benar. Memberi kritikan secara tidak langsung akan memberikan kesan yang
ketara terhadap seseorang yang mudah tersinggung.