BENTUK KEPIMPINAN ANAK SULUNG
Di dalam konteks sebuah
keluarga, sudah tentu ibu bapa sangat mengharapkan yang anak sulung mereka
sendiri yang akan mengemudi dan menerajui perjalanan dan kesinambungan keluarga
tersebut. Bukan orang lain yang tidak ada kaitan. Iaitu apabila ibu ayah sudah
lanjut usia atau sudah pergi meninggalkan alam yang fana. Bagi anak sulung
pula, hendaklah ia akur dengan perjalanan dan pusingan hidup ini. Mahu tidak
mahu akhirnya beban kepimpinan keluarganya itu nanti hendaklah ditangani dan
dipikul olehnya dengan penuh Iasa tanggungjawab, prihatin dan penuh kasih
sayang.
Bagi setiap ibu dan ayah,
perkara ini hendaklah diambil berat dan diberi keutamaan. Proses memindahkan
kepimpinan kepada anak sulung itu hendaklah dilakukan seawal mungkin dengan
penuh cermat dan bijaksana. Melihat kepada takah dan perkembangan umurnya.
Selalunya anak sulung pada awalnya tidak akan mernahami dan mengesan tujuan
pepindahan tugas dan kepimpinan ini.Yang penting adalah penerapan sifat-sifat
mulia dan sifat kepimpinan dari awal lagi. Untuk itu ibu bapa boleh mengikuti
langkah-langkah berikut mudah-mudahan seisi keluarga kita beroleh manfaat dan
kebaikan yang banyak dan berkekalan.
- Sebenarnya ia bermula dari kepimpinan ibu dan
ayah itu sendiri. Bagai yang disifatkan, kepimpinan melalui teladan.
Suarni memimpin isteri. Isteri memimpin dan mendidik anak sulung dan anak
yang sulung memimpin dan melatih adik-adiknya yang lain pula.
- Memimpin anak sulung akan lebih berkesan apabila
ibu dan ayah menjadi contoh atau role model terdekat kepadanya.
Contoh dalam ibadah, akhlak, pergaulan, kasih-sayang dan silaturrahim. Apa
yang dilihat oleh anak sulung daripada contoh baik ibu bapa tadi secara
perlahan-lahan akan dihadamkan di dalam fikiran dan sanubarinya kemudian
diteladani semula di dalam kehidupan sehariannya. la bukan tindakan yang
mudah dan segera. Namun bagi ibu bapa yang prihatin dan rnithali, inilah
jalan yang perlu ditempuh. Perlu diingat bahawa sifat sabar dan kuat
kemahuan perlu ada dalam merealisasikan rancangan kecemerlangan masa depan
keluarga ini.
- Selain dibiarkan anak sulung melihat dan
memahami cara bagaimana ibu bapa mengendali dan menyelesaikan masalah
keluarga, mereka juga hendaklah mula diberikan kepercayaan dan
tanggungjawab. Cara begini akan menyuburkan keyakinan diri dan rasa
optirnis yang tinggi dalam jiwanya. Tanggungjawab itu hendaklah diberikan
secara bertahap-tahap kepadanya mengikut usia, kemampuan dan kesediaannya.
- Sekiranya anak sulung didapati melakukan
kesalahan dan kesilapan, teguran hendaklah dibuat secara berhikmah.
Wibawanya di depan dan di mata adik-adiknya hendaklah dijaga. Teguran yang
tidak tepat akan membuatkan ia hilang keyakinan diri, rasa malu tidak
bertempat dan suka mengasingkan diri daripada adik- adiknya. Pakar-pakar
psikologi menjelaskan bahawa kata-kata kesat, kasar dan 'amukan' ibu dan
ayah selain membuahkan kebencian dan ketakutan (fobia), ia juga akan
melenyapkan sejumlah besar sel positif di dalam rnindanya. Oleh itu,
wibawa dan ketrampilan anak sulung mestilah dijaga dan dibina.
- Akhir sekali, ibu dan ayah janganlah lupa berdoa
untuk anak-anak mereka terutamanya kepada anak sulung. Doa inilah senjata
kita. Sesungguhnya doa dan pergantungan dengan Allah menjadi teras dalam
memupuk kepimpinan anak sulung.