sejarah dan pengenalan komputer.

       Komputer terawal yang diperbuat sekitar tahun 1945-46 mempunyai saiz ( 9.15 x 15.25 ) meter dan ketinggian 2.44 meter Beratnya lebih kurang 30 tan , menggunakan lebih dari 170 kilo watt kuasa , 80 tiub diod yang digunakan boleh menyebabkan seluruh bandar menjadi malap sepanjang penggunaanya. Komputer ini hanya digunakan untuk membuat pengiraan matematik dari beberapa data terkumpul secara terhad.

              Komputer sekarang pula hanya seberat tidak melebihi 10 kg dengan harga tidak melebihi RM 5000, kuasa 110/220 watt mampu mengatasi beribu-ribu kali ganda komputer lama. Dengan perkembangan teknologi litar terkamil , komputer peribadi di rumah sahaja dapat melakukan kerja-kerja seperti menjadi mesin faks, karaoke, sidang video, pemain vcd, radio, sebagai telefon dan sebagainya.