FOKUS

 

TIPS!

 

       Windows XP adalah sistem operasi terbaru keluaran syarikat pengeluar sistem operasi terbesar dunia, Microsoft. Windows XP telah dilancarkan pada penghujung tahun 2001 oleh Bill Gates, pemilik syarikat Microsoft.

            Windows XP didatangkan dalam dua versi iaitu Professional untuk kegunaan pejabat dan Home Edition untuk pengguna rumah.

           Perbaezaan yang ketara pada OS in adalah paparan antaramukanya yang berbeza dari OS keluaran Microsoft sebelum ini. Paparan antaramukanya lebih cantik dan hampir menyamai OS MAC keluaran syarikat Apple. Perbezaan ini memberi kelebihan kepada Windows XP untuk menarik lebih ramai pengguna menggunakan sistem operasi keluaran syarikat Microsoft.

          Antara kelebihan OS ini ialah ianya lebih stabil dari OS Windows yang sebelumnya.Sebagai contoh, sebelum ini kita sering diganggu dengan mesej-mesej ralat dan masalah komputer yang selalu tersekat operasinya apabila berlaku masalah program seperti CD Rom tidak dapat dibaca oleh pemacunya. Dengan Windows XP anda tidak perlu risau tentang itu. Apabila berlaku masalah seperti program tergantung operasinya (hang) anda hanya perlu menekan kekunci alt + ctrl + delete dan sebuah tetingkap Windows Task Manager akan muncul. Pada tetingkap tersebut akan tersenarai kesemua program yang sedang berjalan. Pada program yang menghadapi masalah akan terdapat perkataan not responding. Apa yang anda perlu buat ialah klik pada program tersebut dan kemudian klik pada butang end task. Program itu akan dimatikan dan anda tidak perlu untuk memulakan semula (reset) komputer anda.

          Untuk maklumat lanjut lawat laman web Microsoft.

       

 

 

 

 

 

 

 

Apa yang anda pelu tahu tentang komputer?

Kenali komponen-kompenen komputer

 

 

 

 

IKLAN

Ingin dapatkan komputer berprestasi tinggi pada harga yang menarik?

KLIK SINI